Lelaki tumpangkan 2 wanita cantik tidak sedar pandu ke tanah perkuburan

Lelaki tumpangkan 2 wanita cantik tidak sedar pandu ke tanah perkuburan

Seorang pemandu trak berada dalam keadaan bingung apabila menyedari kenderaan dipandunya terkandas di jalan sempit di sebuah kawasan perkuburan selepas menumpangkan dua wanita cantik, lapor laman berita Detik.

Kejadian aneh tersebut dilaporkan berlaku di bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah semalam.



Menurut Polis Awam Desa Pringsari, Muhammad Imam Fahruddin, pemandu trak berkenaan sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk setempat.

“Sebaik sahaja menyedari bahawa dia sebenarnya berada di kawasan perkuburan, pemandu tersebut menjerit meminta tolong,” katanya.

Penduduk yang mendengar jeritan lelaki berkenaan tiba ke lokasi untuk membantunya sebelum trak itu berjaya dikeluarkan dari jalan sempit sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Trak itu masuk ke kawasan perkampungan tersebut kira-kira pukul 7 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dikeluarkan sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).



“Ketika saya mengambil keterangan, pemandu tersebut didapati tidak berada dalam pengaruh alkohol, sebaliknya ketakutan,” kata Muhammad Imam.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Sutiyo berkata, ketika kejadian, dia menyedari trak dipandu lelaki berkenaan sempat melanggar bahagian bumbung rumah seorang penduduk.

“Dia memandu dengan amat laju sehingga melanggar bumbung rumah penduduk sebelum memberhentikan kenderaannya di kawasan perkuburan yang mempunyai jalan sempit.

“Apabila disoal, dia mengaku baru lepas menghantar dua wanita cantik dari persimpangan lampu merah di Karangjati,” kata Sutiyo.



Tambahnya, kejadian tersebut bukan kali pertama seumpamanya yang berlaku di kawasan perkuburan itu.

Sebelum ini, penunggang teksi motosikal, penghantar barangan dan penjual susu juga pernah mengalami kejadian serupa beberapa kali. K Online

Lelaki tumpangkan 2 wanita cantik tidak sedar pandu ke tanah perkuburan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker