Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

PARTI ATAU INDIVIDU

Tak habis² Ketua Bahagian saya ni.. Bila masa Presiden setuju bab calon? Cakap bohong tak habis² kerana nak mainkan sentimen dan perasaan pekerja² parti di bawah..

Dato’ Seri kata, “menentukan calon adalah hak Bahagian”.. tapi Perlembagaan UMNO kata penentuan calon adalah hak Pengerusi Perhubungan dan Presiden UMNO.. Sebabnya, UMNO bergerak untuk menang dan bentuk “kerajaan Malaysia” dan “kerajaan Perlis”; bukan “kerajaan Arau”..

Kalau dengar video tu, kerja Presiden dan Pengerusi Perhubungan pun dia nak buat.. Tak pasai² dia nak booking kerusi untuk diri sendiri.. Kalau dah umur 70 tahun lebih masih tak dapat cari pengganti yang sesuai, nak UMNO terus bergantung dengan diri kita seorang saja kalau nak menang pilihanraya, you are definitely a failed leader, Sir..!

Inilah masalahnya bila pemimpin terlalu lama pegang jawatan.. dah tak boleh nak bezakan para penyokongnya sama ada “orang UMNO” atau “orang Shahidan”..

Hakikatnya, UMNO tak mungkin perjudikan mana-mana kerusi sekiranya pimpinan dan ahli-ahli berlapang dada dengan apa jua keputusan parti..

Sesiapa sahaja yang dicalonkan, kita pakat² bantu dan sokong atas nama parti.. Itu tradisi UMNO.. Dalam mana-mana organisasi, tak bolehlah kalau nama kita naik kita nak orang sokong kita; tapi kalau nama tak naik kita atur untuk sabotaj dan jatuhkan orang lain..

Sebagaimana orang lain pernah sokong dan bantu untuk menangkan kita, begitulah juga kita patut sokong dan bantu menangkan calon lain sekiranya dinamakan oleh parti..

Berkenaan “mengalu-alukan” sesiapa sahaja untuk turun ke padang.. Apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis mengadakan program ziarah di Bahagian Arau dan mendapat sambutan yang amat baik, Shahidan marah.. Dalam ucapan terbuka beliau sebut “haramjadah” dan “kepala hotak” kepada Pengerusi Perhubungan.. Koyak teruk dah Ketua Bahagian saya.. 😀

Nota: Banyak pimpinan UMNO di Arau dipulaukan kerana menegur Ketua Bahagian yang kerap ambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan pucuk pimpinan parti.. Untuk elakkan pemulauan, beberapa Cawangan di Arau pun ikut saja la apabila diminta buat usul kekalkan beliau tetapi mereka “orang UMNO”, bukan “orang Shahidan”..

Syed Atief Syed Abu Bakar
Ketua Pemuda Arau

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker