Pengeluar telur mengeluh tak tahan rugi
Pengeluar telur mengeluh tak tahan rugi
Seorang pengeluar telur ayam mengakui lebih ramai pengusaha mungkin terpaksa “bungkus” perniagaan, sekiranya mereka perlu terus menanggung kerugian.
Brian Lim yang menjadi pengeluar telur ayam lebih 15 tahun berkata, kerugian ditanggung masa ini akibat kos pengeluaran terus meningkat, tetapi harga siling ditetapkan kerajaan terlalu rendah untuk pengeluar memperoleh keuntungan.
“Anggaran pengeluar telur ayam menanggung kerugian sebiji telur sebanyak 5 sen. Jadi, katakan ada 500,000 biji sehari yang dikeluarkan…pengeluar telur ayam menanggung kerugian lebih RM1 juta.
“Kalau sanggup tahan kerugian, pengeluar akan teruskan dengan mengurangkan pengeluaran. Kalau ada pengeluar tak sanggup teruskan lagi, dia akan ‘bungkus’,” katanya kepada FMT.
Kerajaan menetapkan harga siling telur ayam Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen) sejak 1 Julai lalu. Sebuah ladang kecil boleh menghasilkan sehingga 300,000 telur sehari, ladang bersaiz sederhana pula antara 500,000 dan 800,000 telur sehari, manakala ladang besar boleh mengeluarkan tiga hingga empat juta telur setiap hari.
Pada 23 Ogos lalu, bos sebuah rangkaian pasar raya besar, Ameer Ali Mydin mengalu-alukan keputusan kerajaan mengekalkan larangan eksport ayam untuk sebulan dua lagi, tetapi mahu Putrajaya turut menangani kekurangan telur di pasaran tempatan.
Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin itu berkata, “kekurangan besar-besaran” telur dalam pasaran tempatan adalah isu lebih mendesak ketika ini berbanding bekalan ayam.
Dalam pada itu, Lim, 60, berkata kekurangan bekalan telur kerana pengeluar terpaksa mengurangkan pengeluaran untuk mengelak menanggung lebih banyak kerugian. Kebanyakan ladang kini mengurangkan pengeluaran kerana masalah aliran tunai, katanya.
Pengusaha telur ayam di Kalumpang Tanjung Malim, Perak itu berkata, kos harga jualan ditetapkan dengan subsidi yang diberikan kerajaan ketika ini tidak cukup untuk menampung kos pengeluaran, iaitu antara 43 sen hingga 45 sen bagi sebiji telur.
Tambahnya, penternakan telur ayam bukan seperti ayam daging.
“Masa untuk penternakan ayam singkat, tetapi bagi hasilkan telur ayam memerlukan masa panjang,” katanya, dengan menjelaskan menternak ayam mengambil masa 30 hari, sebaliknya tujuh bulan diperlukan bagi menghasilkan telur, ditambah pula dengan permintaan harian yang tinggi. FMT
Pengeluar telur mengeluh tak tahan rugi
Baca Artikel Menarik:
- Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang
- Stesen minyak terbiar Salor berhantu
- Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut
- Isu konsert artis antarabangsa: “Jangan sia-siakan masa” – Prof. Muhaya
- Ismail saman Lokman berhubung kenyataan fitnah menerusi media sosial
- Rakyat berhak bersuara isu Najib
- JIka BN menang PRU-15, tiada siapa akan dibalas dendam
- Yonnyboii ungguli Album Terbaik AIM 23, Bolot RM200,000
- Dulu penyokong tegar, kini atas pagar
- Polis siasat dua lagi kes pendakwah selebriti di N. Sembilan
- Kepala mangsa serangan buaya ditemui
- Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres
- Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.