Tentera laut AS sekat 24 video penampakan UFO, bimbang keselamatan negara

Tentera laut AS sekat 24 video penampakan UFO, bimbang keselamatan negara

WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) didakwa menyekat pelepasan sebilangan klip video memaparkan kemunculan objek terbang tidak dikenali (UFO) kerana dianggap ‘memudaratkan keselamatan negara’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketua-ketua tentera dikatakan memegang sekurang-kurangnya 24 video UFO yang tidak dapat dijelaskan yang belum pernah dilihat oleh orang ramai.

Ia berkaitan dengan 19 penampakan berasingan pada separuh kedua tahun 2019.

Sebuah laman web yang menumpukan penyiasatan UFO membuat permintaan untuk menyiarkan video itu kepada orang awam.’

“Pengeluaran maklumat ini akan membahayakan keselamatan negara kerana mungkin membekalkan maklumat berharga mengenai operasi Jabatan Pertahanan, Tentera Laut kepada musuh mengenai kelemahan dan/atau keupayaan.

“Tiada bahagian video yang boleh diasingkan untuk dikeluarkan,” kata timbalan pengarah Akta Kebebasan Maklumat Tentera Laut, Gregory Cason.

Menurut Cason, pihaknya telah menyahklasifikasikan tiga video yang memaparkan pertemuan antara juruterbang dan Tentera Laut Top Gun serta fenomena udara yang tidak dapat dikenal pasti yang didedahkan kepada orang awam dua tahun lalu.

Beliau berkata, ketua-ketua tentera menganggap tindakan itu tidak boleh dilakukan ‘tanpa merisikokan keselamatan negara’.

Bagaimanapun, ketua laman web The Black Vault merancang untuk membuat rayuan mengenai video tersebut.

Perbalahan itu berlaku ketika Kerajaan AS menyiasat 144 laporan pertembungan antara juruterbang tentera dan objek terbang misteri. K Online

Tentera laut AS sekat 24 video penampakan UFO, bimbang keselamatan negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker