PAS putuskan pembubaran 3 negeri diterajuinya hari ini

PRU15

PAS putuskan pembubaran 3 negeri diterajuinya hari ini

Sebarang keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri diterajui PAS dibubarkan atau sebaliknya akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata mesyuarat itu akan diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara berkenaan.



Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata PAS sudah berulang kali menegaskan mengenai ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan di saat negara bakal menghadapi musim banjir yang kini bukan sahaja berlaku di Pantai Timur.

“Rakyat boleh buat pelbagai andaian mengenai tujuan dan kehendak pembubaran ini.

“Memaksa pilihan raya diadakan pada saat rakyat menghadapi kesusahan adalah tidak sesuai dan memberikan indikasi parti yang mendesak adalah hanya memikirkan diri individu mereka sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media pada Sabtu lalu memutuskan tiga negeri yang dikuasai iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.



Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pertengahan November hingga Mac 2023.

Petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15. BH

PAS putuskan pembubaran 3 negeri diterajuinya hari ini


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker