Vaksin berkesan lawan varian Covid-19

GENEVA, Switzerland – Kemajuan dalam perang melawan pandemik koronavirus masih ‘rapuh’ manakala perjalanan antarabangsa perlu dielakkan, kata pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Eropah, Hans Kluge hari ini.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa vaksin yang mendapat kelulusan WHO berkesan melawan jangkitan varian Covid-19 termasuk varian yang mencetuskan kebimbangan.

“Ketika ini ketika dunia terus berdepan ketidaktentuan, kita perlu terus berwaspada dan mengelak perjalanan antarabangsa,” kata Kluge sambil menambah,  kluster-kluster jangkitan di Eropah boleh merebak dengan cepat.

Umno tuntut i-Sinar, moratorium sekali lagi jika PKP penuh

Menurutnya, varian India yang amat cepat menular telah dikesan di sekurang-kurangnya 26 daripada 53 negara di rantau Eropah di bawah pengawasan WHO.

Bagaimanapun, beliau berkata vaksin yang diluluskan berkesan menangani varian baharu.

“Semua varian virus Covid-19 yang muncul setakat ini dapat ditangani menggunakan vaksin yang diluluskan,”katanya. -Agensi

 

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker