Pasaipa hang pi alih penghadang konkrit tu…


Alor Setar: Tindakan seorang lelaki mengalihkan penghadang jalan konkrit di Jalan Bukit Tinggi-Bukit Pinang di sempadan daerah ini menggunakan jengkaut yang dipandunya mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 40-an yang menetap di daerah ini ditahan polis berdasarkan maklumat yang diterima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, penutupan jalan itu dilakukan untuk menghalang pergerakan sebarang kenderaan keluar atau masuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan daerah Kota Setar yang bermula semalam hingga 1 Jun ini.

Menurutnya, ketika pasukan pemantau Covid-19 melakukan pemantauan di kawasan itu pada 10.30 pagi didapati penghadang konkrit sudah dialihkan.

“Berikutan itu, hasil maklumat yang diperolehi berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah rumah di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas pada 2 petang ketika dia sedang bekerja di lokasi pembinaan rumah.

“Hasil semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya pada sidang media di sekatan jalan raya (SJR) Kepala Batas di sini, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, lelaki itu mengaku melakukannya selepas mendapati jalan di situ ditutup dan bertindak mengalihkan penghadang jalan berkenaan untuk memudahkan dia ke tempat pembinaan rumah.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pihaknya percaya perbuatan mengalihkan penghadang konkrit itu dilakukan pada waktu malam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan jahat yang mungkin menyebabkan merebak jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya pada nyawa.

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat harta benda menyebabkan kerugian atau kehilangan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Redzuan mengingatkan semua penduduk di daerah ini atau sempadan berhampiran supaya patuh pada prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan berikutan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat. HM

Diva AA ‘Mengamuk’ Nak Sumbat Neelofa Ke Penjara Pasal SOP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker