Sekolah vernakular perlu dihapus – Mahathir

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mahu sistem sekolah vernakular di negara ini dihapuskan.

Bercakap dalam sesi soal jawab di Putrajaya, beliau berkata tindakan itu merupakan cara terbaik merapat jurang antara kaum melalui pendidikan.

“Salah satu cara terbaik rapat jurang antara kaum ialah melalui pendidikan dan antaranya dihapuskan sekolah vernakular,” katanya menurut Utusan Malaysia ketika menghadiri Majlis Ilmu “Peradaban dan Sosiologi” diadakan bersempena Minggu Negarawan anjuran Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Putrajaya.

Pada 28 Julai tahun lalu, beliau ketika Persidangan Meja Bulat: Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu mendakwa idea sekolah vernakular ditutup tidak wajar diberi keutamaan.

Mahathir menegaskan, bahawa “kaum pendatang” yang meraih kerakyatan secara automatik selepas merdeka wajar menerima fakta Malaysia ialah negara Melayu.

“Kalau kita betul-betul berniat mahu jadi satu negara tanpa beza kaum, mereka kena akui ini memang negara Melayu malah nama asalnya pun memang Tanah Melayu,” katanya.

Beliau berkata, ada kaum tertentu enggan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan (SK) kerana sistem pendidikannya seperti imej “sekolah agama”.

Katanya, meskipun keadaan itu diperbaiki beliau mendakwa kaum minoriti tetap tidak mahu menghantar anak mereka ke SK.

“Etnik pendatang itu tidak hendak bercampur gaul dengan murid Melayu dan ingin mengekalkan adat budaya termasuk bahasa ibunda mereka seperti situasi negara asal,” katanya.

“Contoh di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Britain apabila imigran fasih bahasa Inggeris dan mengamalkan budaya setempat bagi diberi kewarganegaraan. Misalnya Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak berketurunan India tetapi jika kita tutup mata dengar cakap dia, pasti tidak dapat beza dengan orang tempatan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker