Atu Zero diperdaya scammer gara-gara gambar anak

Atu Zero diperdaya scammer gara-gara gambar anak

Akibat mudah kasihan, pelakon dan pelawak Atu Zero, 30, pernah menjadi mangsa ‘scammer’ yang meminta bantuan wang di media sosial sehingga dia kerugian puluhan ribu Ringgit.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif berkata, dia tidak sampai hati untuk tidak menghulur bantuan apabila ada yang menghantar mesej dengan menyertakan gambar anak.



“Saya sudah banyak kali kena ‘scam’. Iyalah, saya memang tak boleh kalau mereka hantar gambar anak. Automatik saya tutup mata dan hantar (bantuan). Tahu-tahu, isteri saya cakap benda itu ‘scam’. Kalau campur-campur jumlah bantuan itu, boleh cecah puluhan ribu. Itu tanpa pengetahuan isteri saya,” katanya.

Atu cuma menyedari itu adalah perbuatan ‘scammer’ selepas mendapati isterinya Shafeeqa Johari turut mendapat mesej serupa.

“Bayangkan ‘scammer’ itu menghantar mesej kepada 10 individu berbeza setiap hari. Pasti banyak hasil kutipan menipunya itu. Tapi itulah, bila terima gambar anak dalam mesej begitu, memang luluh hati jadinya,” katanya.

Dalam pada itu, Atu teruja apabila van jenazah yang diusahakannya bersama isteri sudah hampir siap dan sedia dihantar ke Sabah untuk membantu rakyat di sana.



“Buat masa ini, fokus kami adalah beri bantuan van jenazah di sana terutama di Kudat kerana akses terhad terhadap perkhidmatan begitu,” katanya. HM

Atu Zero diperdaya scammer gara-gara gambar anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker