Sokong Anwar, peruntukkan dari persekutuan lulus

Kira-kira seminggu selepas mengiyistiharkan sokongan kepada perdana menteri, Ahli Parlimen Labuan dari Bersatu, Suhaili Abdul Rahman mendapat peruntukan kerajaan persekutuan.

Menerusi catatan di Facebook, Suhaili berkata dia hadir ke pejabat Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Wilayah Persekutuan untuk menguruskan peruntukan itu semalam.

Menurutnya, peruntukan itu akan disalurkan terus ke pusat khidmatnya tidak lama lagi.

“Pagi ini 7 November 2023 saya ke pejabat ICU Wilayah menguruskan soal peruntukan ahli parlimen yang akan disalurkan ke akaun pusat khidmat rakyat ahli parlimen Labuan dalam tempoh terdekat .

“Terima kasih sekali lagi YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri Malaysia kerana berpegang tegus pada janji beliau,” ujarnya.

Ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta setahun yang diuruskan oleh ICU yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pada 30 Okt lalu, Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Anwar walaupun Bersatu kekal bersama pembangkang.

Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu – Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik – turut mengisytiharkan sokongan kepada Anwar sejak bulan lalu.

Untuk rekod, PH dalam manifesto pilihan rayanya berjanji memberikan peruntukan sama rata antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. Bagaimanpun janji itu tidak ditunaikan apabila kerajaan perpaduan mengambil alih kuasa.

Pada 3 Nov lalu, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan berkata, ahli parlimen pembangkang akan menghentikan permohonan atau rundingan dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Takiyuddin berkata ia selepas dua kali pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof bagi membincangkan isu itu masih tiada jalan penyelesaian.

Sementara itu, Suhaili berkata dia telah berbincang dengan Pengarah ICU untuk menambah bilangan gerai di kampung Patau Patau 2 dari empat hingga 20 gerai, menaik taraf jalan masuk dan menyediakan tempat letak kereta untuk keselesaan pengunjung.

“Semasa menjadi Ahli Parlimen Labuan pada tahun 1999 – 2008 saya pernah melaksanakan projek yang sama di kampong Tg Aru bagi tujuan membasmi kemiskinan tegar , alhamdulillah apa yang saya rancangkan dan laksanakan telah mencapai kejayaan besar hingga ke hari ni di mana keluarga yag tergolong miskin tegar hari ini telah menjadi usahawan dan pengusaha gerai makan yang sangat berjaya. Alhamdulillah,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker