Budak 9 tahun temui cacing gergasi

Barnaby menunjukkan cacing gergasi yang ditemuinya. – Michael Havis/Chris Domigan

CHRISTCHURCH – Seorang kanak-kanak di New Zealand terkejut apabila menemui seekor cacing tanah yang mempunyai ukuran panjang sama seperti  budak berusia lima tahun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Barnaby Domigan, 9, dirakam memegang cacing tanah itu selepas menemuinya di kawasan sungai dekat  rumah mereka.

“Dia amat terkejut dan teruja kerana cacing itu sangat besar.

“Barnaby ketika itu, bermain di kawasan luar rumah bersama adik-beradiknya. Dia memasuki kawasan gigi air  untuk melihat sekiranya terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.



“Apabila terlihat cacing gergasi itu, Barnaby menggunakan sebatang kayu untuk menariknya keluar,” kata ibunya, Jo.

Tambah Jo, mereka tidak mengukur panjang cacing tersebut, namun ia mungkin  sepanjang kedua-dua tangan Barnaby.

“Justeru, kami menganggarkan cacing itu sepanjang satu meter,” ujarnya.

Tambah Jo, Barnaby berhasrat untuk menyimpan haiwan itu, namun dia dan suaminya membuat keputusan untuk meletakkan kembali cacing tersebut ke lokasi asal ia ditemui.



“Saya memuat naik gambar Barnaby bersama cacing itu di Facebook, dan keesokan harinya, kami mendapati ramai orang berminat dengan penemuan itu,” katanya.

Terdapat beberapa spesies cacing tanah di New Zeland yang boleh membesar melebihi panjang 30 sentimeter.

Spesies terbesar, Spenceriella gigantea, dikatakan boleh membesar sehingga panjang 1.3 meter. – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : cprc@moh.gov.my

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker