Tracie ‘kembar’ Mira Filzah?
Tracie ‘kembar’ Mira Filzah?
Peserta kelahiran Sabah, Tracie Sinidol yang dinobatkan Dewi Remaja 2022 berharap orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan Mira Filzah selepas wajahnya didakwa menyerupai pelakon itu.
Tracie berkata, dia tidak mahu terus dibayangi dengan gelaran ‘kembar’ Mira sebaliknya ingin dikenali dengan bakat yang dimiliki.
“Saya dah cipta gelaran baharu. Terima kasih atas kemenangan ini dan berhenti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.
“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja.
“Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira… saya perlu ada identiti sendiri,” katanya.
Menurut wanita dari Tambunan, Sabah itu, sebagai pendatang baharu dia mempunyai misi dan tujuan untuk berada dalam industri seni iaitu sebagai pelakon dan pengacara.
“Sebenarnya saya minat berlakon, mengacara dan juga menyanyi. Jadi sekarang saya sedang berusaha untuk memperbaiki dialek Sabah dengan belajar bahasa baku dengan menonton filem, drama serta lagu selain pembawaan diri di hadapan orang ramai.
“Bukan itu saja, saya juga sedang dalam proses mempersiapkan diri seandainya dilanda kontroversi pada masa akan datang.
“Ibu saya selalu berpesan supaya sentiasa bersedia berhadapan dengan kecaman dan pujian daripada orang lain, dua perkara ini akan saya ingat dalam fikiran saya,” katanya.
Pada acara final yang berlangsung Sabtu lalu, Tracie berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi. Naib juara pula diraih Bee, diikuti tempat ketiga Kimberly dan keempat Alyssa. HM
Tracie ‘kembar’ Mira Filzah?
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas