Warga emas hilang ketika hadir kenduri akhirnya ditemui

Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri kenduri di rumah saudaranya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lalu ditemui selamat di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, pukul 3 petang tadi.

REMBAU – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri kenduri di rumah saudaranya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lalu ditemui selamat di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pagoh, pukul 3 petang tadi.

Anaknya, Muhammad Haikal Mohd Noor, 21, berkata, maklumat tersebut diperoleh daripada seorang pemandu lori sekitar pukul 1 tengah hari yang kebetulan menghala ke Utara di sekitar Machap dan ternampak kenderaan ayahnya, Mohd. Noor Mahamed, 64.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan memperoleh maklumat kehilangan tersebut dalam Kumpulan WhatsApp pemandu lori yang disebarkan sejak semalam.

“Alhamdulilah, ayah ditemui selamat. Masa tu saya memang berada di lebuh raya menghala ke Selatan.



“Apabila dapat tahu, saya bergegas ke Machap. Bagaimanapun, sepupu saya, Nurshafiqah Zakaria, 25, yang sedang mengisi minyak di hentian rehat dan rawat (RnR) Bukit Gambir ternampak ayah di laluan utara.

“Sepupu terus memandu untuk keluar di tol berhampiran dan mengejar kenderaan ayah. Maklumat abang lori ini benar-benar membantu kami dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Nurshafiqah berkata, bapa saudaranya itu keliru dengan persimpangan jalan semasa pulang dan kemungkinan telah tersesat hingga ke Johor.

Menurutnya, sebaik ditemui, pakciknya berasa sangat lega, lebih-lebih lagi tayar belakang kenderaannya juga telah pecah semasa mencari jalan pulang.



“Pak cik juga menumpang tidur di stesen minyak. Entah di mana saya tak pasti, tapi saya percaya pak cik sudah tersesat hingga ke Johor,” katanya.

Semalam, media melaporkan Muhammad Haikal memohon orang ramai untuk membantu ayahnya, Mohd. Noor yang hilang sejak Sabtu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)



Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker