KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
REMBAU – “Dua-dua bagus dan dua-dua pun ok”.
Itu pandangan kebanyakan pengundi Parlimen Rembau ditanya perbandingan antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, mereka berpendapat kedua-dua pemimpin itu mempunyai kelebihan masing-masing dan tiada masalah jika dinamakan sebagai calon Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut warga emas Zahrah Samad, 69, walau siapa saja yang diletakkan UMNO sebagai calon Parlimen Rembau, dia tetap memberi sokongan.
“Dua-dua ada kelebihan. Khairy orang muda yang mempunyai banyak idea dan Tok Mat pula orang korporat dan jasanya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tidak dapat dinafikan.
“Ia memang satu pertembungan sengit. Nak pilih itu memang susahlah dan sebab itu sebagai pengundi di Parlimen Rembau, saya boleh saja kedua-duanya,” katanya.
Turut mempunyai pandangan sama Mohd Asri Zainal, 34, yang menyifatkan kedua-dua pemimpin itu mempunyai prestasi yang baik.
Katanya, sebagai pengundi Rembau, dia akan memberi sokongan kepada sesiapa saja yang akan dicalonkan nanti.
Pengundi muda Muhammad Yusrie Mohd Yusof, 22, berkata, Khairy merupakan pilihan terbaik kerana telah lama berkhidmat di Parlimen Rembau.
Bagaimanapun, dia juga tiada masalah jika Muhamad diletakkan sebagai calon parlimen berkenaan pada PRU15.
“Yang penting dua-dua pun bagus,” katanya.
Selain itu penduduk Kampung Sawah Raja, Abd Rahman Osman, 67, pula menyifatkan perbandingan antara kedua-dua pemimpin itu adalah 50-50.
Ujarnya, sukar untuk membuat pilihan mana paling terbaik dan disebabkan itu dia tiada masalah walau siapa saja diletakkan sebagai calon.
Pesara kerajaan, Zakaria Mad Isa, 67, berkata, dia menyokong walau siapa saja dipilih sebagai calon.
“Dua-dua bagus dan Khairy pun sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Rembau pun saya tengok tiada masalah,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib fail petisyen pengampunan, status Ahli Parlimen kekal – Azhar
- Rai Merdeka, dua karya anak Malaysia dalam Netflix
- PAS tolak guna logo biru tua Perikatan Nasional
- PAS usah berlagak suci, putar belit isu jemputan ke muktamar – Umno Kedah
- Kena ‘Palau’, Pengetua SMK Senaling akan ambil tindakan undang-undang
- KJ bakal berhadapan dengan Anwar di Port Dickson?
- Kami akan buka semula 15 kes digugur PH
- Sering Tampil Berbogel, Ini Respon Anak-Anak Terhadap Britney Spears
- Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual Bapanya
- Najib tentera siber terbaik – Puad
- Noh kongsi gambar anak, ayat curang Mizz Nina
- Seksinya tayang ‘aset’, Eyka Farhana ke tu?
- Jangan meludah ke langit – Noh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.