Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
Kerjasama Pas dan UMNO hanya akan menjadi kenyataan kalau Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menjadi Presiden.
Selagi jawatan nombor satu UMNO itu dipegang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Annuar hanya sekadar boleh bermimpi di siang hari.
Demikian pandangan Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali yang menyifatkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu dalam keadaan tersepit untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, beliau tidak tahu apa niat Ahli Parlimen Ketereh itu, tetapi pucuk pimpinan dan akar umbi UMNO sudah memutuskan untuk tidak lagi menerima Pas.
“Kalau Annuar Presiden UMNO pasti kerjasama ini menjadi kenyataan dan selamatlah kerusi Parlimen Ketereh untuknya.
“Dalam PRU14, dia bertanding atas tiket BN dan hanya menang tipis. Kalau ada kerjasama dengan Pas, bergayalah dia kerana Pas tidak akan meletakkan calon di parlimen itu.
“Inilah sebenarnya yang tersirat dalam agenda politik Annuar,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini.
Semalam, Annuar dilaporkan berkata, UMNO perlu menerima kerjasama dihulurkan Pas bagi menghadapi PRU15. Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pendirian Pas untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO seperti diterjemahkan dalam muktamarnya baru-baru ini, perlu dilihat secara positif. Katanya, beliau mengikuti rapat muktamar Pas dan resolusi yang diputuskan dalam persidangan itu.
Menurut Ibrahim, strategi Pas untuk terus bekerjasama dengan UMNO kerana mahu mempertahankan tiga negeri yang diperintahnya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada perhitungan Pas, katanya, jika berlaku kerjasama itu atas nama Muafakat Nasional (MN), selamatlah tiga negeri yang mereka kuasai sekarang, termasuk kerusi dikuasainya kekal untuk parti itu bertanding.
“Hakikatnya, Pas sudah tidak ada integriti dan moral untuk bercakap soal penyatuan atau perpaduaan ummah.
Mereka menyalak untuk menunjuk kepada umat Islam parti itu berjuang demi agama hanya sekadar mainan politik hipokrit mereka. “Umat Islam tidak lupa mainan hipokrasi politik Pas.
Dulu, bersama Pakatan Rakyat (PR) berpeluk dengan DAP sehingga dalam kempen Pas menyatakan undi DAP kafir lebih baik daripada undi UMNO,” katanya.
Beliau berkata, lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) kerana Pas gagal menjamin silaturahim sesama sendiri, selain golongan yang dinobatkan ulamak dalam parti itu menolak aktivis Islam sekular.
Maka, tersungkurlah Mohamad Sabu dan geng beliau yang sebelum ini dijadikan meriam untuk menembak UMNO siang malam.
“Kesimpulannya, penyatuan ummah yang digembar gemburkan adalah slogan politik hipokrit yang masing-masing ada agenda tersendiri.
“Pandangan saya ialah slogan “Hidup Melayu” dan takbir “Allahuakbar” adalah mainan politik semata-mata yang akhirnya umat Melayu Islam menang sorak kampung tergadai,” katanya. MG
Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
Baca Artikel Menarik:
- Najib fail petisyen pengampunan, status Ahli Parlimen kekal – Azhar
- Rai Merdeka, dua karya anak Malaysia dalam Netflix
- PAS tolak guna logo biru tua Perikatan Nasional
- PAS usah berlagak suci, putar belit isu jemputan ke muktamar – Umno Kedah
- Kena ‘Palau’, Pengetua SMK Senaling akan ambil tindakan undang-undang
- KJ bakal berhadapan dengan Anwar di Port Dickson?
- Kami akan buka semula 15 kes digugur PH
- Sering Tampil Berbogel, Ini Respon Anak-Anak Terhadap Britney Spears
- Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual Bapanya
- Najib tentera siber terbaik – Puad
- Noh kongsi gambar anak, ayat curang Mizz Nina
- Seksinya tayang ‘aset’, Eyka Farhana ke tu?
- Jangan meludah ke langit – Noh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.