Cathay Pacific batal semua penerbangan ke Tel Aviv

Syarikat penerbangan utama Hong Kong, Cathay Pacific hari ini memaklumkan pihaknya membatalkan semua penerbangan antara bandar itu dan Tel Aviv sehingga akhir tahun, berikutan konflik Israel-Palestin.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata tindakan berkenaan diambil disebabkan situasi berterusan di Israel, semua penerbangan Cathay Pacific antara Hong Kong dan Tel Aviv mulai hari ini hingga 31 Disember akan dibatalkan.

Ia turut menggesa pelanggannya untuk terus menyemak maklumat penerbangan dan pengumumannya untuk kemas kini mengenai pelepasan selepas tarikh berkenaan.



Sekurang-kurangnya 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh di Israel berikutan serangan pada 7 Oktober, menurut pegawai Israel.

Israel membalas dengan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 4,300 rakyat Palestin terutamanya orang awam, kata kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di kawasan itu.

Puluhan ribu tentera Israel berkumpul di sekitar Gaza untuk serangan darat yang diramalkan secara meluas.

Cathay adalah yang terbaru dalam rangkaian syarikat penerbangan menghentikan penerbangan ke Israel kerana konflik itu.



Minggu lalu, syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Delta berkata ia membatalkan semua penerbangan ke negara itu kerana mencari alternatif selamat untuk pelanggan yang melakukan perjalanan ke Tel Aviv.

Syarikat penerbangan lain termasuk American Airlines, Air France, Lufthansa, Emirates dan Ryanair turut menggantung penerbangan ke Tel Aviv hujung minggu lalu.

Syarikat penerbangan Israel, El Al berkata ia mengekalkan penerbangan Tel Avivnya buat masa ini, walaupun beberapa penerbangan yang dikendalikan oleh rakan kongsi asing dibatalkan.

Dalam satu kenyataan, El Al menambah bahawa ia beroperasi mengikut arahan pasukan keselamatan Israel dengan semua penerbangan kini hanya berlepas dari Terminal 3 di lapangan terbang Ben Gurion.



Beberapa negara sudah memberi amaran terhadap perjalanan ke Israel, serta negara jiran Lubnan, dengan banyak yang berpindah untuk menghantar pulang rakyat mereka di rantau itu. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker