Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu, Umno tidak mungkin jadi kerajaan sebagai satu kenyataan ‘songsang’.
Katanya, pendirian Umno ketika Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas ‘langkah Sheraton’ pada Mac 2020 adalah meminta supaya Parlimen dibubarkan.
Bagaimanapun katanya, Umno akhirnya menyokong pembentukan kerajaan baharu berikutan Parlimen tidak dapat dibubarkan kerana penularan wabak Covid-19 ketika itu.
“Kenyataan ini songsang Tuan Ibrahim, selepas ‘Langkah Sheraton’, Bersatu dan PAS yang tidak akan jadi kerajaan tanpa Umno.
“Kami ingin bubar Parlimen semasa Mahathir letak jawatan, kamu (PAS) yang ingin angkat Muhyiddin (Yassin) jadi PM. Apabila tidak boleh bubar sebab Covid-19, maka baru kami sokong untuk bentuk kerajaan. Jika kami tidak sokong, kamu pun tidak jadi menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Isham mendakwa, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu sebelum ini turut pernah mengugut untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sekarang dengan mengatakan Umno menjadi kerajaan pada hari ini adalah disebabkan beliau.
“Muhyiddin pernah ugut ingin tarik sokongan sebab dia pun kata macam kamu yang kononnya sebab dia yang Umno boleh jadi kerajaan.
“Oleh itu jika kamu begitu berkuasa dan tidak suka Umno, mengapa tidak tarik-tarik lagi sokongan? Takut hilang jawatan dan kalah pilihanraya? Janganlah sombong dan angkuh sangat, Islam tidak ajar untuk jadi sombong dan angkuh,” katanya.
Terdahulu, Tuan Ibrahim yang juga menteri alam sekitar dan air berkata, keberadaan Umno kembali menjadi kerajaan hari ini selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah hasil pengorbanan Bersatu yang meninggalkan Pakatan Harapan (PH).
“Tanpa mereka (Bersatu), Umno pun tak mungkin berada dalam kerajaan persekutuan hari ini. Takkan jika kita menang jadi kerajaan tiba-tiba kita nak mengetepikan sahabat dan rakan kita,” katanya ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63, di Alor Setar, hari ini. FMT
Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
Baca Artikel Menarik:
- Tanya Raja Petra – Hamzah
- Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)
- Lyodra bakal menjadi diva
- Kenapa Rafizi tak bongkar projek terowong, kenapa ia ghaib – Puad
- Pemuda beritahu pemimpin PAS, tunjuk siapa lawan mereka
- Izham tiada adab – Noh
- Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita
- Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim
- Rakan Sepasukan Dipaksa Lakukan Seks Oral Akibat Kalah Pertaruhan
- Ahli Perniagaan Dalam Buruan Jho Low Bersembunyi Di Disneyland Shanghai? [VIDEO]
- Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi
You must be logged in to post a comment.