Pas tidak terdesak bekerjasama dengan UMNO – Hashim Jasin
Pas tidak terdesak bekerjasama dengan UMNO – Hashim Jasin
JERAI: Pas bukan dalam keadaan terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi mempertahankan kedudukan dalam kerajaan.
Mursyidul Am parti itu, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas bersedia untuk bergerak solo seandainya usaha menyatukan kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) menemukan jalan buntu menjelang PRU15.
“Ya (jika terdesak) ertinya tak boleh hidup tanpa dia (UMNO) sedangkan kita sudah sampai sehingga sekarang dari 1951. Macam-macam kita lalui. Tekanan apa semua. Kami seronok, kami berpakat untuk MN. Kita lalui semua.
“Maka, nak kata Pas terdesak? Pas tidak terdesak sebab kita ada tempat bergantung dengan berpandukan al-Quran, sunnah dan syarak. Bila perpandukan itu kita jadi tenang, kalau kalah pun tak apa, menang.. lagilah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas di Guar Chempedak, di sini hari ini.
Mengulas lanjut kata Hashim, Pas juga akan mengambil sikap untuk menjadi orang tengah bagi memulihkan hubungan UMNO dan Bersatu yang didakwa menjadi alasan utama pergolakan dalam MN itu.
“Demi perpaduan ummah, kalau ada dua golongan mukmin bergaduh hendaklah kamu damaikan. Berkaitan UMNO dengan Bersatu mungkin kita buka pintu, kita ajak dan kita tak tutup.
“Bukan semua pimpinan UMNO menolak (penyatuan ummah). Jadi kita berharap ada sebahagiannya dibuka pintu hati mereka dan kita balik kepada agenda perpaduan ummah kita,” katanya. Utusan
Pas tidak terdesak bekerjasama dengan UMNO – Hashim Jasin
Baca Artikel Menarik:
- Tanya Raja Petra – Hamzah
- Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)
- Lyodra bakal menjadi diva
- Kenapa Rafizi tak bongkar projek terowong, kenapa ia ghaib – Puad
- Pemuda beritahu pemimpin PAS, tunjuk siapa lawan mereka
- Izham tiada adab – Noh
- Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita
- Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim
- Rakan Sepasukan Dipaksa Lakukan Seks Oral Akibat Kalah Pertaruhan
- Ahli Perniagaan Dalam Buruan Jho Low Bersembunyi Di Disneyland Shanghai? [VIDEO]
- Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET