Ismail umum pusat kecemerlangan Risda di Padang Terap

Ismail umum pusat kecemerlangan Risda di Padang Terap

PADANG TERAP: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembinaan Pusat Kecemerlangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bernilai RM15 juta di daerah ini.

Menurut Perdana Menteri, pusat kecemerlangan itu sebagai langkah persediaan untuk mempersiap tenaga kerja di Bandaraya Getah Kedah (KRC) yang akan berperanan untuk memberi latihan kepada anak-anak tempatan bagi mendalami ilmu berkaitan industri getah.



Katanya, langkah itu diyakini mampu membantu masyarakat setempat mendapatkan latihan terbaik sebelum bekerja di KRC.

“Saya dimaklumkan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa KRC akan membuka hingga 6,000 peluang pekerjaan. Jadi sudah pastilah yang akan mengisi peluang pekerjaan itu merupakan warga Padang Terap.

“Justeru, bagi melatih anak-anak tempatan mendalami perkara berkaitan getah sebelum ditempatkan di KRC, maka, mereka perlu diberi latihan. Oleh itu, saya nak maklumkan bahawa kerajaan akan wujudkan Pusat Kecemerlangan Risda dengan kos RM15 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program ‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia Padang Terap di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang, di sini, hari ini.



Lebih 15,000 rakyat pelbagai kaum hadir ke program tersebut yang diadakan bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di negeri ini.

Ketika ini, nilai pelaburan KRC dianggarkan berjumlah RM3 bilion dan dijangka terus meningkat mencecah RM10 bilion pada masa akan datang.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Padang Terap yang juga daerah bersempadan dengan Thailand akan menjadi sebuah daerah maju dalam waktu terdekat kesan daripada limpahan ekonomi yang dibawa KRC.

Justeru, bagi menyokong pembangunan itu, kerajaan bercadang untuk membangunkan pelbagai infrastruktur termasuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta pembangunan infrastruktur lain seperti jalan empat lorong dari Pokok Sena ke Durian Burung.



“Sebelum ini, ketika saya bertemu bekas Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha, kami berdua bersetuju untuk membangunkan kawasan bandar bersempadan di kedua-dua negara kerana sumbangan perdagangan di sempadan adalah cukup besar iaitu mencecah USD 10 bilion (RM44.8 bilion).

“Jumlah itu merupakan sebahagian daripada nilai perdagangan antara Malaysia dan Thailand berjumlah AS$ 23 bilion (RM103 bilion). Oleh itu, kita akan bangunkan kawasan bandar sempadan termasuk Kompleks CIQ serta pembangunan infrastruktur lain seperti jalan empat lorong tersebut demi menyokong pembangunan di sini,” katanya. Utusan

Ismail umum pusat kecemerlangan Risda di Padang Terap


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka



Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker