Padang Terap jadi bandar sempadan utama negara

Padang Terap jadi bandar sempadan utama negara

PADANG TERAP: Kerajaan akan mempertingkatkan pembangunan daerah ini sebagai bandar sempadan utama negara, sekali gus menyumbang kepada perdagangan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Padang Terap mempunyai pelbagai potensi terutamanya melalui pembangunan Bandar Getah Kedah (KRC), yang ketika ini dalam proses dibangunkan dan bakal menawarkan 6,000 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, pembangunan KRC akan menjadikan Padang Terap kawasan industri baharu dan daerah termaju di Kedah, yang dapat meningkatkan perdagangan dengan negara jiran, sekali gus menawarkan banyak peluang pekerjaan.

“Ketika melancarkan KRC pada Februari lalu, saya percaya Padang Terap bakal menjadi daerah maju dalam tempoh masa terdekat kerana potensi dalam industri getah yang dibangunkan Malaysia dan Thailand.

“Nilai dagangan Malaysia-Thailand kini mencecah RM103 bilion dengan lebih RM44 bilion disumbang aktiviti perdagangan di kawasan sempadan.

“Disebabkan itu, adalah penting daerah bersempadanan Malaysia-Thailand terus dibangunkan selaras hasrat kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis `Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia, yang turut dihadiri kira-kira 15,000 penduduk Padang Terap di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang, di sini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan EXCO Kerja Raya negeri, mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Suraya Yaacob.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju membuka Pusat Kecemerlangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di KRC, membabitkan kos RM15 juta, bagi melatih anak tempatan mendalami industri getah sebelum mendapat peluang bekerja di KRC.

Pada masa sama, katanya, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Durian Burung di daerah ini juga akan dinaik taraf dengan jalan empat lorong menghubungkan Pokok Sena-Durian Burung. BH

Padang Terap jadi bandar sempadan utama negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker