Penat main futsal jadi alasan untuk berkhalwat

Penat main futsal jadi alasan untuk berkhalwat

MELAKA – Sepasang kekasih yang juga pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sini memberi alasan berehat selepas penat bermain futsal selepas dicekup berkhalwat di hotel bajet di Bukit Beruang di sini, awal pagi semalam.

Lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 tahun itu ditangkap dalam operasi Ambang Merdeka dijalankan Jabatan Agama Islam (JAIM) pada jam 12.30 pagi.



Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, dalam serbuan pertama itu, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Ketika disoal siasat lelaki terbabit yang tidak memakai baju manakala kekasihnya memakai baju tidur mengaku menginap bersama untuk berehat setelah penat bermain futsal sambil menemani teman wanitanya itu menyelesaikan tugasan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada pakaian sukan ditemui sebelum kedua-dua mereka dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Dalam serbuan ke dua sebuah hotel bajet di Bachang, pihaknya turut menahan satu lagi pasangan kekasih iaitu lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 22 tahun pada jam 2.45 pagi.



“Kedua-dua mereka memberi alasan berehat di situ selepas kepenatan walaupun lelaki berkenaan hanya tinggal sekitar Cheng manakala teman wanitanya menetap di Jasin,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. MG

Penat main futsal jadi alasan untuk berkhalwat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker