Bayar gaji – TMJ

Bayar gaji – TMJ

Penaung Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Sarawak United agar segera melunaskan semua tunggakan gaji membabitkan pemain dan pegawai pasukan itu yang tertunggak empat bulan.

Ingatan itu diberikan Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di ruangan komen Instagram Sarawak United.



“Bayar gaji,” tulis Tunku Ismail seolah memberi ingatan kepada kelab terbabit untuk menyelesaikan isu itu.

Walaupun ingatan itu ringkas, namun ia cukup padat dan tepat buat Sarawak United segera membayar tunggakan kepada pemain-pemain pasukan itu.
Advertisement

Malah, teguran itu kemudiannya dibalas dengan mengakui pihak pengurusan sedang berusaha menyelesaikan masalah terbabit.

“Memang tengah diusahakan Tuanku,” kata Sarawak United membalas komen itu.



Minggu lalu, Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan pihaknya menerima laporan isu tunggakan gaji yang berlarutan hampir empat bulan membabitkan beberapa pemain pasukan Sarawak United.

Ekoran kegagalan mendapatkan gaji, beberapa pemain dihalau keluar daripada rumah kerana gagal melunaskan sewa selain seorang lagi pemain import, Boris Kok yang terperangkap di Perancis kerana tidak mampu memberi tiket kapal terbang untuk pulang membantu Sarawak United dalam baki aksi Liga Super ketika ini.

Bagi meringankan sedikit beban pemain, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah proaktif apabila menyalurkan sejumlah RM100,000 kepada kelab itu.

Penyaluran dana berkenaan diambil daripada hak penyiaran untuk pasukan itu bagi membantu pemain skuad kendalian S Balachandran itu.



Malah, MFL memberi tempoh selama 14 hari bermula Jumaat lalu kepada Sarawak United menyelesaikan tunggakan itu jika tidak mahu disingkirkan daripada saingan Piala Malaysia musim ini. HM

Bayar gaji – TMJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka



Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker