GV10: Luahan hati Kak Lina Pom Pom

GV10: Luahan hati Kak Lina Pom Pom

“Itu dinamakan kerja tetapi penat kalau 24 jam menjadi Kak Lina Pom Pom.”

Demikian penegasan pengacara sensasi Elly Mazlein yang mengakui perlu memiliki pelbagai karakter, setiap kali menjadi hos terutama untuk program hiburan seperti Gegar Vaganza (GV).



Pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu berkata, karakternya di atas pentas sebagai pengacara jauh berbeza daripada apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir.

“Apabila di atas pentas perlu ada pelbagai watak sebab saya jadi hos program hiburan.

“Asalkan saya tahu batas sebagai isteri orang dan tidak menyentuh mana-mana peserta lelaki cuma ‘menggelitat’ (menggelitis) sahajalah,” katanya kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Ditemui selepas konsert minggu kedua konsert All Stars GV, Elly terbuka menerima setiap kritikan dan kecaman netizen mengenai ‘kegedikannya’ sebagai hos GV di sisi Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Jelasnya, semua pihak mempunyai hak untuk menyuarakan sebarang pandangan dalam media sosial berkaitan cara pengacaraannya.

“Saya baca komen netizen dan ambil maklum pandangan mereka dan menerima serta menghormati semuanya dengan positif.

“Tiada istilah terasa hati atau menangis pun sebab saya sayang netizen dan anggap mereka seperti kawan-kawan,” jelasnya yang popular menerusi lagi Bungaku Bakawali itu.

Di sebalik semua kecaman, pelakom Kampung People itu juga mengakui terkejut dengan respons positif daripada para penonton yang sentiasa menanti kemunculannya dalam konsert GV setiap minggu sehingga namanya trending dalam media sosial.



“Saya terharu dengan sambutan yang diberikan orang ramai kerana menerima hasil kerja terutama pada usia yang lewat ini.

“Setakat ini saya seronok dan mengakui adakalanya terfikir cara untuk hiburkan penonton pada minggu mendatang.

“Syukur saya ada rakan pengacara yang saling membantu iaitu Nabil dan Jihan. Apapun terima kasih kepada semua yang menyokong saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Elly, 42, dikecam kerana gaya pengacaraannya dikatakan ‘hyper’, ‘over’ (melebih-lebih) dan gedik.



Selain itu, dia juga dikatakan seperti mencuri terlalu banyak perhatian ramai sehingga menenggelamkan barisan peserta yang bertanding.

Rentetan daripada itu, dia membuat permohonan maaf dan berjanji akan menjadi Elly Mazlein pada konsert minggu kedua. K Online

GV10: Luahan hati Kak Lina Pom Pom

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker