Thai kuatkuasa undang-undang benar jual produk ketum secara online

BANGKOK – Undang-undang baharu mengenai penggunaan ketum iaitu sejenis tumbuhan popular dari Asia Tenggara berkuatkuasa secara rasmi di Thailand semalam, lapor laman berita Thaiger.

Daun ketum kebiasaannya digunakan sebagai perangsang ringan dan ubat tahan sakit.

Undang-undang baharu tersebut iaitu Akta Ketum 2022 membenarkan orang ramai menjual produk berasaskan ketum seperti makanan dan minuman termasuk secara online.

Sebelum ini, orang ramai boleh menjual pokok dan daun ketum sahaja. Kebenaran terkini itu diharap dapat membuka lebih kepada petani untuk menjual hasil tanaman ketum mereka.

“Dasar kerajaan adalah untuk menjadikan ketum sebagai tanaman ekonomi dan mendorong penggunaannya secara perubatan dalam mencipta peluang pendapatan kepada petani,” kata jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek.

Undang-undang baharu itu dikeluarkan dengan beberapa sekatan yang melarang import dan eksport daun ketum tanpa kelulusan daripada Lembaga Kawalan Narkotik.

Mereka yang mengimport atau mengeksport ketum tanpa kebenaran berisiko dihukum penjara maksimum setahun dan/atau denda sehingga 100,000 baht (RM12,329).

Tindakan menjual ketum kepada golongan bawah usia 18 tahun serta wanita hamil dan menyusu adalah menyalahi undang-undang dengan pesalah berdepan denda sehingga 30,000 baht (RM3,698).

Orang ramai juga tidak akan dibenarkan menjual ketum di sekolah, asrama atau taman awam dengan pesalah berisiko dikenakan denda maksimum 50,000 baht (RM6,164).

Pengiklan juga menyalahi undang-undang sekiranya menggalakkan orang ramai menggunakan daun ketum atau daun yang dicampur dengan bahan psikotropik untuk tujuan rekreasi.

Hukuman untuk kesalahan tersebut boleh termasuk denda 30,000 baht (RM3,698) atau dua tahun penjara. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker