Houthi bedil kemudahan Aramco di Jeddah


DUBAI – Pasukan tentera Houthi Yaman menembak peluru berpandu ke sebuah kemudahan Saudi Aramco di bandar Laut Merah Arab Saudi, Jeddah, kata jurucakap tenteranya.

Bagaimanapun belum ada pengesahan daripada Arab Saudi.

Kebanyakan kemudahan pengeluaran dan eksport minyakSaudi Aramco berada di Wilayah Timur Arab Saudi.

Jurucakap gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang memerangi gerakan Houthi juga belum membuat sebarang kenyataan.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea menerusi ciapannya berkata, serangan itu berlaku pada waktu subuh dengan menggunakan peluru berpandu bersayap dan telah mencapai sasarannya.

Dia turut memuat naik imej dengan koordinat yang kelihatan kilang pengedaran produk petroleum di Jeddah yang digunakan untuk bekalan domestik yang diserang oleh Houthi dengan peluru berpandu pada bulan November tahun lalu.

Aramco kemudian memaklumkan serangan di Loji Pukal, dekat utara Jeddah melibatkan tangki simpanan minyak tetapi tidak menjejaskan bekalan.

Houthi, yang menguasai utara Yaman, telah menyerang aset tenaga Arab Saudi pada November lalu.

Kementerian tenaga Arab Saudi mengatakan, kebakaran terhad berlaku berhampiran platform terapung milik terminal produk minyak Jazan setelah serangan digagalkan menggunakan kapal yang penuh dengan bahan letupan di selatan Laut Merah.

Houthi baru-baru ini meningkatkan serangan dron dan peluru berpandu rentas sempadan ke bandar-bandar Arab Saudi, yang kebanyakannya menyasarkan di bahagian selatan.

Namun gabungan tentera yang dipimpin oleh Arab Saudi mendakwa berjaya memintas kebanyakan serangan.

Sebelumnya pada hari Khamis, gabungan itu mendakwa telah menghancurkan dron bersenjata yang dilancarkan ke arah bandar selatan Khamis Mushait, lapor media negara.

Sarea dalam ciapan Twitter secara berasingan memberitahu, serangan di Khamis Mushait menyasarkan kedudukan tentera.

Gabungan itu campur tangan di Yaman pada Mac 2015 setelah Houthi menggulingkan pemerintah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari kekuasaan di ibu kota, Sanaa. MG

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas loji minyak Saudi Aramco

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker