Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa

Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa

Penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang antaranya memperkenalkan akaun fleksibel bagi membolehkan wang dikeluarkan pada bila-bila masa, akan bermula pada 11 Mei depan.

Menurut struktur baru, akaun 1 akan dikenali sebagai akan persaraan, akaun 2 dikenali sebagai akaun sejahtera dan akaun baru akan dikenali sebagai akaun fleksibel.



Menurut KWSP, akaun sejahtera bertujuan “menangani keperluan kitaran hatatr yang menymbang kepada sekejahreraan semasa persaraan” manakala akaun fleksibel pula untuk keperluan jangka pendek.

Caruman pula akan dipecahkan seperti berikut:

Akaun persaraan: 75 peratus
Akaun sejahtera: 15 peratus
Akaun fleksibel: 10 peratus

Dalam sistem sekarang, sebanyak 70 peratus caruman akan dimasukkan kepada akaun 1 dan 30 peratus lagi dalam akaun 2.



Akaun sejahtera akan bermula dengan sifar tetapi pencarum diberi pilihan untuk memindahkan wang daripada akaun sejahtera sekali saja antara 11 Mei (hari pertama penstrukturan) hingga 31 Ogos.

Pecahan wang yang dipindahkan berbeza mengikut keadaan, seperti di bawah:

Baki RM3,000 dan ke atas
10/30 baki dipindahkan ke akaun fleksibel
5/30 baki dipindahkan ke akaun persaraan
15/30 kekal dalam akaun sejahtera.

Baki RM1,000 dan ke bawah
Semua amaun dipindahkan ke akaun fleksibel.



Baki lebih RM1,000 tetapi tidak lebih RM3,000
RM1,000 dipindahkan ke akaun fleksibel

Selebihnya kekal dalam akaun sejahtera. Mk

Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker