SPRM tak ‘pilih bulu’, wartawan atau ahli politik tiada pengecualian – Azam Baki
SPRM tak ‘pilih bulu’, wartawan atau ahli politik tiada pengecualian – Azam Baki

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pihaknya tidak pernah bersikap ‘pilih bulu’ dalam dalam usaha menangani dan mencegah rasuah.
Justeru beliau berkata tidak akan ada sebarang pengecualian diberikan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berkaitan rasuah termasuklah membabitkan wartawan ataupun ahli politik.
Beliau berkata demikian mengulas penahanan wartawan sebuah portal media dalam talian di sebuah hotel di Shah Alam malam kelmarin selepas disyaki meminta rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja warga asing.
“Kami mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa dia (wartawan) terbabit dalam rasuah selepas wang tunai RM20,000 ditemui bersamanya.
“Ini bukan sekadar salah laku. Di bawah undang-undang rasuah, ia sangat jelas… sesiapa yang menerima suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan, itu adalah kes rasuah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Semalam SPRM mengesahkan wartawan lelaki itu ditahan untuk siasatan susulan kes rasuah, sekali gus menafikan penahanannya disebabkan laporan pendedahan yang dibuat.
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa SPRM memberi keutamaan kepada siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan ejen pekerja asing dan pegawai imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu itu.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, tindakan SPRM menahan wartawan portal yang membongkar isu penyeludupan pekerja asing itu janggal dan menimbulkan persoalan.
“Pas percaya adalah lebih tepat dan sesuai sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media mengenai kegiatan meragukan ini, berbanding mengambil tindakan terhadap wartawan yang hanya melaporkan dakwaan rasuah tersebut,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan wartawan ditahan reman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel yang dimuat naik serta tidak menulis lagi tentang agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
Ia susulan laporan portal berita terbabit pada 22 Februari lalu yang memetik sumber mendakwa bekas pegawai imigresen kini bergelar ‘Datuk’ sebagai dalang di sebalik kumpulan kartel yang didakwa beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
SPRM tak ‘pilih bulu’, wartawan atau ahli politik tiada pengecualian – Azam Baki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.