4 termasuk warden dituduh bunuh

4 termasuk warden dituduh bunuh

Kuala Kangsar: Seorang ustaz dan tiga warden sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang penghuni pusat berkenaan, minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi namun keempat-empat tertuduh iaitu Noor Ashraf Ikhmal Jaafar, 22; Nasri Wafi Jamaludin, 25; Ahmad Anat Fairuz Anak, 27; dan Muhammad Luqmanulhakim Abdul Aziz, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat lelaki itu secara bersama berniat melakukan perbuatan itu yang menyebabkan kematian Muhamad Shahrul Samion, 25,

Perbuatan itu dilakukan di Pusat Pemulihan Darul Islah, di Lot 3318, Batu 17, Padang Asam, Padang Rengas di daerah ini antara jm 12.30 tengah hari hingga 7.45 malam, 17 Ogos lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala semua tertuduh diwakili peguam Tan Chak Seng.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 12 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Media sebelum ini melaporkan empat suspek kes kematian penghuni pusat pemulihan dadah itu ditahan reman selama tujuh hari selepas bedah siasat pada Jumaat lalu mendapati kematian mangsa akibat kecederaan parah pada bahagian dada serta pelbagai otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris sebelum ini dilapor berkata, mangsa pada hari kejadian dikatakan mengamuk termasuk dengan mencederakan warden selain cuba mencederakan diri sendiri susulan cubaannya untuk melarikan diri di pusat pemulihan itu gagal.

Maklumat awal kejadian diterima daripada doktor bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar yang memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia dibawa ke hospital berkenaan pada malam Rabu lalu oleh empat suspek terbabit.

Pemeriksaan jika menemukan kesan luka di bahagian dahi serta kesan lebam pada muka, mata kiri, dada, kedua-dua kaki, serta tangan mangsa. HM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker