10 pelajar Vokasional pukul ‘junior’ ditahan polis

10 pelajar Vokasional pukul ‘junior’ ditahan polis

Polis menahan 10 pelajar sebuah kolej vokasional di sini, kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengadu yang juga ibu mangsa dimaklumkan warden asrama mengatakan anaknya tidak sihat.



Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa memaklumkan dia dipukul beramai-ramai oleh senior kolej semasa berada di surau asrama.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk, pinggang serta sakit di keseluruhan badan akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, pihak polis membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.



Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira status,” katanya. HM

10 pelajar Vokasional pukul ‘junior’ ditahan polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker