Ifa Raziah mohon maaf, enggan cetus kontroversi lagi

Ifa Raziah mohon maaf, enggan cetus kontroversi lagi

Penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah mohon maaf secara terbuka berhubung kontroversi bergelek pada majlis aqiqah ketika konsert pengenalan program realiti, Terpaling Juara yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Mengulasnya, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata tindakan dibuat atas kerelaan hati tanpa paksaan sesiapa.



Malah, ketika membuat permohonan maaf, penyanyi Ser Ser Ser itu turut memaafkan semua pihak yang mengecamnya berhubung kontroversi itu.

“Dengan ikhlas daripada hati, saya dengan rendah diri mohon maaf. Kita manusia tak sempurna.

“Tak rugi saya minta maaf kerana ia perbuatan yang mulia. Kalau saling bermaafan, rezeki lebih bertambah.

“Kepada mereka yang terguris dengan kenyataan saya, tak suka tengok keterlanjuran video, saya mohon maaf,” katanya kepada BH Online.



Ifa berkata, dia mahu membuat permohonan maaf atas pentas selepas selesai persembahan, tetapi tidak berkesempatan, jadi, ambil kesempatan ketika ditemubual.

“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Saya mahu meletakkan titik noktah, memandangkan ramai yang tidak suka.

“Saya tidak akan muat naik apa-apa hantaran yang boleh mengundang kecaman,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media program Terpaling Juara yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, semalam.

Menyifatkan kontroversi terjadi sebagai lumrah anak seni, Ifa berharap tindakannya dapat menamatkan segala kontroversi yang tercetus.



“Ini asam garam anak seni. Lebih baik saya ‘move on’ daripada isu ini. Tak payah nak simpan dalam hati, saya pun mahu melangkah ke hadapan.

“Apa yang penting, saya bersyukur persembahan saya ketika menyampaikan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal Ziana Zain pada minggu pertama berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, kontroversi tercetus selepas video Ifa bergelek pada majlis aqiqah tular dalam media sosia hingga mendapat teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma Harun. BH

Ifa Raziah mohon maaf, enggan cetus kontroversi lagi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker