Aktres popular Thailand diberkas skim cepat kaya

SWAKIT CHAIYADEJ ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan skim cepat kaya. – AGENSI

BANGKOK – Aktres popular Thailand, Sawika Chaiyadej merupakan antara 19 orang yang ditangkap pada minggu ini kerana disyaki menipu wang orang ramai menerusi satu skim cepat kaya, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Mahkamah Jenayah Thailand menolak ikat jamin terhadap Sawika kerana bimbang suspek akan melarikan diri sekiranya dibebaskan untuk sementara.

Sawika dituduh melakukan penipuan di bawah Akta Jenayah Komputer menerusi penglibatannya dalam skim cepat kaya.

Penipuan itu memujuk orang ramai untuk melabur wang  dalam pertukaran mata wang asing melalui laman web forex-3d.com dengan menyatakan bahawa mereka akan mengaut keuntungan mencecah 60 hingga 80 peratus daripada pelaburan yang dibuat.



Bagaimanapun, apabila orang ramai melabur, mereka tidak mendapat sebarang keuntungan sebagai balasan seperti yang dijanjikan. Menurut Jabatan Siasatan Khas (DSI), kira-kira 14,000 orang telah ditipu menerusi skim  penipuan tersebut dengan anggaran jumlah pelaburan  1.9 bilion baht (RM238,178,463)  secara keseluruhan.

Pada Oktober 2019, DSI mula menyiasat Forex-3D selepas menerima aduan daripada pelabur-pelabur  yang mendakwa bahawa Forex-3D adalah penipuan. Beberapa selebriti terkenal di Thailand telah dipanggil untuk memberi keterangan bersama pengasas dan CEO Forex-3D,  Apirak Kotthi.

Sawika mula mengiklankan Forex-3D pada Januari 2020. Dia merupakan kawan baik Tangmo iaitu aktres terkenal Thailand yang lemas di sungai Chao Phraya pada Februari lalu. – Agensi .

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker