Liga Juara-Juara Asia: JDT tersingkir diratah kelab Jepun

Urawa Red Diamonds pamerkan aksi ‘lima bintang’ untuk singkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebentar tadi. – Foto ihsan AFC

 

PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima pengajaran berharga selepas tersingkir pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas tewas 0-5 kepada wakil Jepun, Urawa Red Diamonds dalam aksi pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Saitama, Jepun itu, skuad Harimau Selatan membariskan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri di jentera serangan.

Pasukan kendalian Hector Bidoglio itu bermula garang dengan Arif Aiman melakukan rembatan daripada luar kotak penalti untuk menguji penjaga gol tuan rumah, Shusaku Nishikawa pada minit ke-3.



Namun, tuah memihak kepada Urawa Red apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-8 yang mudah disempurnakan oleh pemain import, Alexander Scholz.

Pasukan tuan rumah terus menggandakan asakan dan berjaya menambah gol kedua berselang 10 minit kemudian menerusi sepakan percuma menarik yang dilakukan oleh David Morberg.

Morberg yang juga pemain import dari Denmark menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-39 sekali gus menyaksikan penjaga gol, Farizal Marlias buat kali ketiga.

Bersambung pada babak kedua, JDT berusaha untuk mencari gol semangat dan hampir berjaya melakukannya menerusi tandukan Forestieri sebelum dikeluarkan pertahanan lawan di atas garisan gol.



Bergson turut melakukan rembatan daripada luar kotak penalti tetapi sedikit tersasar ketika Nishikawa sudah pun tertewas.

Ketika ghairah melakukan asakan, JDT sekali lagi dihukum apabila penyerang gantian, Kasper Junker bijak menyudahkan hantaran Ataru Esaka pada minit ke-84.

Junker dan Esaka sekali lagi bergandingan dengan meledak gol kelima pada masa kecederaan sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya 5-0 buat pasukan tuan rumah.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker