Ismail ucap tahniah kepada Sunak

Ismail ucap tahniah kepada Sunak

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan tahniah kepada Rishi Sunak atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) baharu, hari ini.

Ismail Sabri menyampaikan ucapan itu kepada Sunak menerusi satu surat yang ditulis dalam bahasa Melayu kepada pemimpin Parti Konservatif berkenaan.

Dalam ucapan itu, beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan Sunak untuk meraih potensi hubungan kedua-dua negara dan menghargai hubungan antara kedua-dua negara dan memperkukuhkan kerjasama yang terjalin sejak 65 tahun lalu.

“Malaysia dan UK telah menikmati hubungan yang mesra dan produktif, disokong oleh kerjasama dalam pelbagai aspek serta saling menguntungkan terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Tuan Yang Terutama (Sunak) untuk meraih potensi hubungan kedua-dua negara.

“Saya yakin dengan dedikasi dan kepimpinan Tuan Yang Terutama, kerjasama sedia ada ini akan terus diperkukuh,” katanya dalam surat itu yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu, Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Britain selepas penyandangnya Liz Truss mempersembahkan peletakan jawatannya kepada Raja Charles III.

Truss meletak jawatan sebagai perdana menteri berikutan program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran dan menyebabkan Parti Konservatif berpecah hanya 45 hari selepas memegang jawatan itu. HM

Ismail ucap tahniah kepada Sunak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker