NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman

Sebaran :

 

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini membuat laporan polis mengenai dakwaan wujud isu perkauman di dalam kesatuan itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Presiden NUTP Aminuddin Awang bersama wakil guru NUTP dari seluruh negara hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini bagi membuat laporan polis berkenaan.

NUTP mendapati tohmahan mengenai isu perkauman di dalam organisasi itu tersebar sejak Februari lepas dan kemudian tular secara berleluasa ke laman-laman Facebook.

Aminuddin berkata kepada para wartawan sebaik laporan polis itu selesai dibuat bahawa NUTP menafikan kewujudan isu perkauman di dalam organisasi itu seperti yang ditularkan di media sosial.

Beliau juga berkata isu yang sedang tular itu boleh menimbulkan sentimen perkauman di negara ini malah turut akan memberikan persepsi negatif kepada kesatuan yang mewakili guru-guru di seluruh negara itu.

Mahathir perlu bertanggungjawab apa yang berlaku sekarang – Anwar

“Jadi saya rasa kita membuat laporan ini untuk menepis dakwaan tersebut dan kita mengharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan seterusnya dapat membawa mereka yang mewujudkan isu perkauman di negara ini ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata ada pihak yang membangkitkan isu bagaimana kononnya NUTP dikuasai oleh kaum tertentu sedangkan NUTP majoritinya dianggotai guru-guru Melayu seperti yang tersebar di media sosial.

Aminuddin berkata beliau sendiri tidak mengetahui siapa dalang di sebalik isu yang sedang tular itu dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan NUTP.

 

Beza pandangan dalam BN tidak akan pecah belah parti – Ismail Sabri


Sebaran :

Leave a Reply