Tips Ruang Solat Di Rumah Sempena Ramadhan

Ruang beribadat khas di rumah boleh diwujudkan dengan ruang sesuai, cat yang tenang, tambah pokok hiasan dan pastikan tiada halangan. Ketahui juga cara betul tentukan arah kiblat yang tepat. Jom baca!
solat terawih di rumah, ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat
Ramadhan menjelang lagi, tapi kes COVID-19 masih tak turun-turun. Macam mana ni?

Antara kenikmatan Ramadhan adalah solat tarawih berjemaah. Tapi, kalau tahun ni kita masih tak berpeluang bersolat di masjid dan surau kerana pelbagai sebab dan SOP, apa kata semarakkan Ramadhan dengan solat tarawih di rumah.

Ruang solat di rumah ni juga boleh dijadikan tempat mengaji tazkirah keluarga, barulah aman damai sejahtera hidup.

Sempena Ramadan ni juga, boleh jadikan ruang solat tu selain solat teawih di rumah untuk qiamullail, sesi tadarus dan mengaji serta tazkirah bersama ahli keluarga dengan suasana yang sangat selesa.

Tapi, sebelum tu, mari kita tengok dulu 3 cara nak tentukan arah kiblat. Kalau anda dah tahu pun, apa salahnya ulang balik. Ilmu baik perlu dikongsi dan diulang-ulang kan?

 

3 Cara Tentukan Arah Kiblat

Sebelum ajak ahli keluarga lain solat terawih di rumah dan buat ruang solat, perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah menentukan arah kiblat.

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Mengikut empat Mazhab utama iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, menghadap kiblat adalah syarat sah solat.

Jadi bagi anda yang hendak menunaikan solat wajib dan solat sunat termasuklah solat terawih di rumah sempena Ramadhan ni, anda kenalah yakin dengan arah kiblat. Ini 3 yang anda boleh guna untuk tentukan arah kiblat dengan tepat!

Kaedah tradisional/ Istiwa A’adzam
  • Berlaku 2 kali setahun
  • 28 Mei (5.16 petang) & 16 Julai (5.28 petang) untuk tahun biasa seperti 2021 dan 2022
  • 27 Mei (5.16 petang) & 15 Julai (5.28 petang) untuk tahun lompat seperti 2020, 2024 dan 2048
Kompas kiblat
  • Berdasarkan kaedah saintifik maklumat geofizik dan geodetic terkini.
  • Rujuk nombor indeks negara.
  • Tak digalak guna dalam bangunan kerana gangguan tarikan magneti.
Aplikasi telefon pintar
  • Telefon pintar dengan GPS dan internet.
  • Aplikasi MySolat dibangunkan JAKIM untuk arah kiblat, waktu solat, doa dan zikir.

Dah tahu cara tentukan arah kiblat yang sebetulnya? Jom tengok 11 tips untuk buat ruang solat di rumah pula!

1) Saiz Ruang Sesuai

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Anda perlu tahu ruang yang mana sesuai untuk dijadikan ruang solat di rumah anda.

Sebaiknya mengikut bilangan ahli keluarga yang ada agar selesa untuk solat berjemaah bersama. Namun bagi yang miliki ruang sempit boleh ikut panduan nisbah ini. Seronok kan, kalau solat terawih di rumah ramai-ramai ni!

Bagi seorang cukup sekadar keluasan 70cm x 140cm. Bagi keluasan 3 orang pula, boleh dengan keluasan 2.5m x 4m.

 

2) Sesuaikan Dengan Arah Kiblat

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Ruang solat anda akan lebih efektif jika terus mengadap ke kiblat.

Arah kiblat sebaiknya terus ke dinding hadapan di mana ruangan tersebut tiada ganguan untuk orang lalu lalang dan sebaiknya tidak mengadap ke bilik air.

Jika tak boleh juga, boleh di buat pembahagian di antara tempat solat dan laluan untuk berjalan.

Anda juga perlu pilih bilik atau ruang di mana arah kiblatnya tak betul-betul berhadapan dengan pintu utama atau pintu bilik. Lebih-lebih bila solat terawih di rumah yang memakan masa agak lama, kena pastikan tiada gangguan! 

 

3) Perabot Minimum

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Ruangan solat tidak memerlukan anda untuk meletakkan banyak perabot.

Cukup sekadar tempat gantungan sejadah, telekung serta kain pelikat, tempat letak Al-Quran dan buku-buku keagamaan dan kitab Al-Quran serta rehal.

Perabot seperti ini sesuai untuk diletakkan di bahagian tepi atau belakang tempat berdiri solat ataupun membelakangi kiblat.

Anda juga letakkan kerusi kecil bagi siapa yang perlu solat duduk. Pastikan barangan perabot bersaiz kecil dan sederhana supaya mudah untuk anda mengambil kelengkapan untuk solat dan mengaji.

Sebaiknya susunan perabot dan hiasan hendaklah ringkas dan seadanya. Dengan adanya perabot seperti ini, ia akan menjadikan ruang solat anda kelihatan lebih kemas dan tersusun.

 

4) Warna Tenang

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Kebiasaannya tempat ibadah mengunakan warna tenang seperti putih, hijau muda dan biru muda.

Warna ini menghasilkan ciri yang sejuk dan nyaman terutama ketika anda nak beribadah. Anda juga boleh mengunakan warna pastel untuk kelainan ruang solat anda.

Paling penting anda perlu elakkan memilih warna yang panas dan terang seperti hitam dan merah terang. Kerana secara psikologinya, warna ni dikaitkan dengan emosi yang keras dan dramatik. Nak beribadah kenalah tenang je perasaan tu.

Elakkan juga kombinasi warna hiasan yang kontra kerana ia akan mengganggu pandangan mata anda.

Anda perlu bijak memilih warna yang mampu menyejukkan mata bagi mendapatkan ketenangan ketika beribadah. Lama-lama solat terawih di rumah pun, senang je hati.

 

5) Karpet Tebal Selesa

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Jika anda mempunyai bajet yang besar, boleh lah memilih karpet jenis yang tebal supaya anda selesa jika duduk terlalu lama ketika mengaji atau mengadakan sesi tazkirah.

Sebaiknya anda memilih karpet yang plain untuk ruangan solat kerana tujuan utama meletakkan karpet adalah keselesaan untuk anda beribadah. Pastikan corak karpet tiada corak unsur haiwan dan manusia.

Tapi, ada juga tak selesa nak karpet besar-besar, jadi apa kata beli je sejadah yang tebal dan berkualiti sikit. Selesa untuk orang tua dan yang muda pun tenang je nak bersolat atas sejadah yang tenggelam tapak kaki tu. Barulah puas solat terawih di rumah, rasa macam di masjid!

 

6) Cahaya & Udara

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Pencahayaan dan pengudaraan juga merupakan antara elemen terpenting untuk ruangan solat.

Kalau boleh biarlah ruangan tersebut mempunyai cahaya dan udara dari sumber alam semula jadi. Sebolehnya ruang solat ini berdekatan dengan tingkap.

Jika ruang tak sesuai boleh juga sediakan hiasan lampu dan kipas agar selesa dan terang apabila solat dan mengaji Al-Quran nanti.

Jadi, bila pengudaraan dan pencahayaan dah sesuai, pasti sekeluarga selesa nak guna ruang solat tu.

 

7) Hiasan Dinding

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Bagi hiasan ruangan solat pula, hiaslah dengan aksesori atau dekorasi dengan seminima yang boleh.

Cukup sekadar ada karya seni keagamaan seperti gambar Kaabah ke atau khaligrafi khat ayat suci Al-Quran atau seni khat Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Anda juga boleh menambah cermin yang bersaiz sederhana. Ruangan solat tidak perlu terlalu menonjol dengan pelbagai gambar. Cukup sekadar 1 ke 2 bingkai gambar pun sudah memadai.

 

8) Harumkan Ruang

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Anda juga boleh sediakan wangian yang lembut dan segar di ruang solat. Barulah anda rasa selesa dan nyaman untuk solat di ruangan itu. Jika anda rajin, boleh juga sediakan wangian asli dari bunga-bungaan.

Selain daripada itu, anda juga boleh memilih air purifier yang therapeutic kerana Islam juga menyarankan tempat solat bukan sahaja bersih tetapi juga wangi bagi mendapatkan keselesaan ketika beribadah.

 

9) Pokok Hijau

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Bagi menghidupkan ruang solat, anda juga boleh meletakkan hiasan tambahan seperti pokok hiasan yang hidup.

Selain daripada kesegaran daripada tumbuhan ini, ia juga berzikir kerana semua makhluk alam ni memang berzikir dengan caranya tersendiri. Wallahu A’lam.

 

10) Tempat Wuduk

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan anda, boleh juga menyediakan 1 paip untuk memudahkan anda berwuduk.

Anda perlu pastikan tempat mengambil wuduk berhampiran dengan ruangan solat ataupun boleh je buat tempat ambil wuduk mini di dalam ruang solat yang dibina.

 

11) Jam Azan

ruang solat, ruang solat di rumah, ruang solat dalam rumah, mencari arah kiblat, arah kiblat

Zaman sekarang mudah untuk anda dapatkan jam digital yang mempunyai azan apabila masuk waktu solat.

Jadi, anda boleh menggantungkan jam berserta waktu solat itu supaya mudah untuk anda tahu telah masuk waktu solat dan bolehlah solat di awal waktu.

 

Beribadat Dengan Lebih Tenang Di Rumah Sendiri!

Banyak ruang dan peluang yang boleh anda dapat jika mewujudkan ruang solat khas di rumah. Tidak perlu untuk mengambil ruang rumah yang besar, cukup sekadar muat dan selesa untuk anda dan keluarga melakukan ibadah.

Di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, ia juga boleh mendidik anak-anak untuk mula solat berjemaah sejak kecil lagi. Anda pun boleh beribadah dengan lebih tenang tanpa gangguan lain seperti TV dan bunyi bising.

Yang paling penting dapat mengamalkan agama dengan suasana yang selesa untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Semoga Ramadhan 2021 kita semua diberkati!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker