Anwar sampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon

Anwar sampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran Zaiton Sameon yang mengalami gejala hilang ingatan sementara selepas terlibat kemalangan sekitar 1990.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang diutuskan untuk berkunjung ke rumah Zaiton di Ampang.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau (Zaiton),” kata Anwar.

Kemalangan yang menimpa Zaiton pada 1990 turut meragut nyawa anak tunggalnya.

Zaiton, 67, baru-baru ini dilaporkan media memohon bantuan kewangan bulanan JKM kerana hidup sebatang kara dengan menumpang di rumah anak angkatnya dan kurang mendapat tawaran menyanyi. FMT

Anwar sampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker