Mahathir perlu bertanggungjawab apa yang berlaku sekarang – Anwar



Sebaran :


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang memiliki pemikiran lama.

Disebabkan itu, agenda reformasi institusi yang sepatutnya telah berubah ketika ini tidak dapat dilakukan olehnya, kata Ketua Pembangkang itu.

“Iya..Tun Mahathir tu ada jasanya tapi dia mewakili sosok lama pemikiran lama.



“Walaupun dia ikut arus tapi dia tak dapat hayati keperluan perubahan institusi kerana institusi itu dirosakkan oleh beliau juga (Dr Mahathir),” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Program Minda TV: Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.

Menurut Anwar, agak sukar untuk Dr Mahathir melakukan reformasi institusi yang pernah dirosakkan, namun beliau pernah mengingatkan perkara itu ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Ujarnya, beliau pernah bercakap tentang perkara itu kepada Dr Mahathir di Parlimen bahawa PH harus melakukan reformasi institusi ini selepas mendapat mandat daripada rakyat.



“Tapi bagi saya dari urutan keutamaan bermula mutu pendidikan, kesihatan dan rakyat miskin (diutamakan).

“Bagi saya ini tak boleh tolak ansur, malangnya kita tak dapat sampai ke situ. Kita serah Felda kepada menteri ekonomi, lingkup langsung tidak ada program. Jadi, kalau dia khianat kita boleh faham,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyalahkan Mahathir seorang dalam perkara itu kerana beliau seorang nakhoda yang mengemudi segalanya.



Namun kata beliau, Mahathir perlu bertanggungjawab ke atas keadaan yang berlaku ketika ini. MG

Anwar tak boleh dipercayai, pergi baliklah – Mahathir


Sebaran :


Leave a Reply