Penduduk teruja Ayob Khan masuk kampung


MERSING – Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor berjaya menampilkan tema ‘Polis dan Rakyat Berpisah Tiada’ apabila menerima sambutan baik dalam kalangan penduduk negeri ini.

Penduduk di Pulau Tinggi,Wafi Norman, 48, berkata, pendekatan yang dilakukan polis Johor ini membuatkan mereka berasa lebih dekat dengan polis.

“Jika sebelum ini kalau dengar polis sahaja kita takut, tak kurang juga yang tak suka.

“Tetapi kali ini di Johor saya lihat sudah banyak berubah, bila sebut polis kita rasa bangga. Program polis masuk kampung berjumpa dengan kami orang kampung di pulau ini membuatkan kami rasa lebih rapat dengan polis,” katanya kepada MalaysiaGazette sambil mencadangkan program seumpama ini diteruskan.

Wafi berterima kasih dengan kehadiran Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan pasukannya kerana ia bukti polis bukan sahaja memantau di kawasan darat tetapi di pulau ini juga.

Beliau tidak menafikan ada juga warga asing yang menceroboh tempat-tempat di pulau ini dan kehadiran Ayob di pulau itu memang kali alu-alukan.

“Jadi, saya ucap terima kasih kepada polis kerana datang sini dan ambil tahu keadan kampung laut ini,” tambah beliau.

Sementara itu, Bakil Abd Ghani, 50, memberitahu, kunjungan Ayob Khan sudah tentu memberi rasa teruja kepada penduduk.

Bakil tidak menyembunyikan rasa gembiranya dapat bertemu dengan Ayob Khan.

“Saya sukalah sebab tak pernah tengok dia, dapat jumpa kali pertama, rasa suka pada dia,” ujarnya.

Semalam, dalam Program Ketua Polis Johor Bersama Rakyat, masyarakat di pulau ini berpeluang menyalurkan pelbagai maklumat secara terus dengan pihak polis.

Selain itu, Ayob turut meluangkan masa kira-kira 45 minit di setiap kawasan yang dilawati.

Seperti Wafi, Bakil turut menaruh harapan agar pihak penguatkuasaan meningkatkan kemasukan warga asing di perairan ini.

“Selain di darat, di pulau juga perlu ada rondaan berkala supaya kami rasa selamat,” ujarnya. MG

Ayob khan – Duit banyak-banyak nak rasuah malaikat dalam kubur?”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker