Anwar tak boleh dipercayai, pergi baliklah – Mahathir

Pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad, tidak mempercayai Anwar Ibrahim, selepas pengerusi Pakatan Harapan itu semalam mengumumkan sedia bekerjasama dengannya secara bersyarat menerusi cadangan pembentukan gagasan pembangkang perdana.

Mahathir nampaknya masih terasa dengan tindakan Anwar, yang katanya, “tolak saya bulat-bulat” ketika beliau dan kumpulan penyokongnya tawar kerjasama dengan PH.

“Dia yang tolak, bukannya saya. Saya tawarkan diri hendak jadi perdana menteri untuk enam bulan sahaja, tetap dia kata tidak boleh dan Shafie Apdal juga tidak boleh.”

Mahathir turut menarik perhatian kepada dakwaan Anwar memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu, namun sehingga kini masih belum ada apa-apa perubahan.



“Kemudian dia kata dia majoriti sokongan yang kuat, utuh dan menyakinkan. Pergi baliklah!” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker