Bayi maut selepas kain lampin tutup muka di rumah pengasuh
Bayi maut selepas kain lampin tutup muka di rumah pengasuh
Ampang Jaya: Bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas mengalami sesak nafas akibat kain lampin berada di muka ketika berada di dalam buaian di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada jam 6.30 petang, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang menerima pesakit bayi berusia empat bulan.
Menurutnya, pesakit dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.
“Semasa tiba di Hospital Ampang, pesakit sudah tidak bernyawa.
“Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata, bayi terbabit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.
“Punca kematian masih dalam siasatan.
“Susulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu,” katanya.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah atau dadah.
“Keterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.
“Ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga,” katanya.
Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya. HM
Bayi maut selepas kain lampin tutup muka di rumah pengasuh
Baca Artikel Menarik:
- Peguam utama Najib mahu tarik diri kerana tidak diberi masa
- Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen
- Buat ‘live’ solat, memang saya nak menunjuk – Ifa Raziah
- Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
- Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat
- Pergaduhan di kebun sayur, seorang lelaki maut dibunuh
- Ahli perniagaan saman CTOS, CIMB atas dakwaan salah lapor kredit
- Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis
- Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang
- Pencuri larikan telefon ketika buat mangsa sedang ‘live’ [VIDEO]
- Air mani jadikan kulit berseri?
- Polis siasat kes ‘pensyarah terlampau’
- Tukar RXZ Dengan Tanah Lot, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman
You must be logged in to post a comment.