Terlalu banyak formula, tapi semua ke laut

Terlalu banyak formula, tapi semua ke laut

Selepas mempersendakan Rafizi Ramli sebagai “raja formula songsang”, Najib Razak hari ini terus menyerang Naib Presiden PKR itu dengan berkata, beliau mempunyai terlalu banyak formula, tetapi semuanya tidak berguna.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Rafizi terlalu sensitif kerana tiada orang yang mempertikaikan beliau mempunyai formula.

“Tak ada siapa pernah pertikaikan kamu ada formula. Sebaliknya, masalah ialah kamu ada terlalu banyak formula.

“Formula mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), pendidikan percuma, mansuh tol, petrol RM1.50, harga kereta Honda Civic lagi murah daripada MyVi dan sebagainya.

“Kesemua formula ke laut. Formula songsang,” sindirnya dalam catatan Facebook hari ini.

Dalam catatan berasingan, Najib memuat naik tangkap layar laporan berita berhubung manifesto Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum ke-14, termasuk mengurangkan cukai eksais bagi pembeli kereta pertama di bawah 1600cc yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.

Beliau turut memuat naik poster tertera gambar Rafizi yang memaparkan harga kereta tanpa cukai.

“Jika berminat, sila berhubung dengan raja formula terdekat,” sindirnya dalam catatan itu.

Semalam, Rafizi membidas Najib dengan berkata, formula adalah satu-satunya pendekatan yang boleh difahami Umno.

“Paling kurang saya ada formula, ini kamu ada menteri berlambak ni, satu formula pun tak ada.

“Kenapa formula penting sebab apabila kita bentangkan sesuatu idea, Umno tak faham idea, dia cuma tahu formula sahaja,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu semalam. FMT

Terlalu banyak formula, tapi semua ke laut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker