Bunuh nelayan, Ikan juga akan didakwa

SEEKOR ikan spesies Marlin Hitam dilaporkan membunuh seorang nelayan dengan menusuk muncung berduri pada rusuk mangsa. – News Meter **Gambar Hiasan**

NEW DELHI – Satu kes dilaporkan telah difailkan ke atas seekor ikan di balai polis Parawada di bandar Visakhapatnam, India kerana menyerang seorang nelayan sehingga menyebabkan kematian, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku ketika enam nelayan dari pantai Muthyalamma Palem termasuk mangsa, N. Joganna, 40, sedang memancing di kawasan Parawada, minggu lalu.

Polis dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh lima nelayan lain yang menemani Joganna ketika memancing.

Ketika Joganna turun ke dalam air, dia telah diserang oleh seekor ikan spesies Marlin Hitam. Muncung berduri seperti pedang daripada ikan tersebut telah tertusuk pada tulang rusuknya.

Joganna mula berdarah dengan banyak sebelum meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital berdekatan.

Polis telah memfailkan kes terhadap ikan tersebut di bawah seksyen 174 dan menjalankan siasatan mengikut prosedur dan bahagian kanun keseksaan India.

Seorang peguam, Abdus Saleem berkata bahawa kes boleh difailkan terhadap ikan untuk kejadian itu mengikut prosedur dan seksyen undang-undang tetapi tidak mungkin untuk mengambil tindakan terhadapnya. – Agensi

Bunuh nelayan, Ikan juga akan didakwa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker