Bill Gates yakin Covid-19 adalah pandemik terakhir [VIDEO]

BANDAR RAYA NEW YORK – Pengasas Microsoft, Bill Gates, yakin bahawa wabak Covid-19 akan menjadi pandemik global yang terakhir, lapor akhbar Metro UK semalam.

Keyakinan itu disuarakan menerusi sebuah buku hasil tulisannya yang bertajuk How to Prevent the Next Pandemic, yang dijangka mula dijual di pasaran pada Mei ini.

Menerusi penulisannya, Gates menggariskan beberapa langkah terperinci yang boleh dilakukan untuk menghentikan pandemik pada masa akan datang.



Beliau selain itu turut mengetengahkan pengajaran-pengajaran yang boleh dipelajari daripada pandemik ini serta membincangkan mengenai inovasi-inovasi yang diperlukan untuk menghentikan patogen dengan awal serta adil.

“Saya sudah lama berfikir mengenai perkara ini. Covid-19 menunjukkan secara jelas bahawa dunia perlu memberi keutamaan dalam menghapuskan pandemik yang menjadi ancaman kepada manusia,” katanya.

Gates menambah, meskipun jangkaan mengenai tiada lagi pandemik selepas ini adalah agak bercita-cita tinggi, namun perkembangan yang dicapai dalam dua tahun ini termasuk dari segi vaksinasi dan ilmu pengetahuan telah meletakkan dunia dalam laluan yang betul.



“Tiada sesiapa yang tidak percaya bahawa penyakit berjangkit boleh membunuh berjuta-juta penduduk atau melumpuhkan ekonomi. Namun, jika kita membuat pilihan dan pelaburan yang betul, kita boleh menjadikan Covid-19 sebagai pandemik terakhir,” ujarnya. – AGENSI

Bill Gates yakin Covid-19 adalah pandemik terakhir [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker