BN Utamakan Calon Ada Pendirian, Setia… Kriteria Utama Bawa Agenda Rakyat – Youzaimi

BN Utamakan Calon Ada Pendirian, Setia… Kriteria Utama Bawa Agenda Rakyat – Youzaimi

Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof memberi jaminan calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor iaitu Dewan Undangan Negeri Endau dan Tenggaroh mempunyai pendirian dan setia dengan parti.

Beliau turut menjanjikan bahawa calon tersebut juga adalah bertepatan dengan kriteria seperti yang ditetapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu WALI.

“Insya-Allah, calon yang akan ditampilkan BN terutama di Endau wajiblah mempunyai kriteria WALI seperti mana yang selalu diingatkan oleh Presiden iaitu winnable, acceptable, likeable dan integrity.

“Kita akan pastikan calon DUN Endau ini tidak akan melompat parti UMNO jika dia menang seperti yang sebelum ini.

“Calon juga wajiblah daripada orang yang sudah ada jasa kepada masyarakat dan juga parti UMNO. Bukannya hanya pada musim-musim PRN dan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) sahaja baru mereka muncul nak jadi calon,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau juga turut meluahkan keyakinan untuk BN mengekalkan dua kerusi dimenangi pada PRU ke-14 iaitu Dewan Undangan Negeri Endau dan Tenggaroh.

“BN Mersing sudah bersiap siaga harapan saya insya-Allah, kita akan menyumbangkan dua kerusi DUN iaitu Endau dan Tenggaroh bagi memastikan BN akan membentuk kerajaan di peringkat negeri dengan majoriti lebih daripada dua pertiga,” ujarnya.

Sementara itu Youzaimi juga berpandangan golongan muda menilai sebaiknya pengalaman mereka ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bukan hanya diperingkat Persekutuan malah di Johor.

Katanya, berbekalkan situasi ini anak muda semestinya akan bertindak dengan lebih rasional dan akan membandingkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang lebih bersistemik dan berpengalaman.

“Generasi muda dah serik dengan PH dan PN. Pengalaman dalam masa 22 bulan PH dan 18 bulan PN memerintah menjadikan mereka sudah serik utk mengundi parti ini.

“Saya lihat mereka tetap yakin dengan BN yang mempunyai rekod cemerlang mentadbir di peringkat negeri dan juga pusat.

“Kami di Mersing juga melakukan pelbagai program dan aktiviti untuk orang muda… sudah lama dilaksanakan bukan bermula sejak nak PRN sahaja,” tegas beliau. – UMNO Online

BN Utamakan Calon Ada Pendirian, Setia… Kriteria Utama Bawa Agenda Rakyat – Youzaimi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker