Kes seks luar tabii: Alasan Mahkamah Persekutuan boleh lumpuhkan sistem jenayah Syariah

Kenapa diinterpretasi sehingga memusnahkannya? Ini tidak betul, kita perlu bangkit

 

SAYA baru sahaja baca ‘summary judgement’ dan masuk clubhouse di mana antara Speaker adalah peguam yang mewakili tertuduh di dalam kes pagi ini (Khamis).

Saya amat menghormati hakim-hakim yang memberi keputusan pagi ini. Tetapi saya ‘greatly disagree’ dengan  alasan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya boleh bersetuju bahawa Seksyen 28 Enakmen Syariah tidak boleh terpakai, tetapi alasan yang diberikan akan melumpuhkan langsung sistem jenayah Syariah negara kita. Ia mempunyai implikasi terlalu besar.

Secara ringkas mahkamah mengatakan bahawa negeri boleh membuat undang-undang berkenaan ‘precept of Islam’, selagi mana tidak menyentuh perkara dalam senarai Persekutuan. Criminal law adalah perkara dalam senarai Persekutuan.

Apa makna ini? Negeri-negeri tidak boleh langsung meluluskan undang-undang jenayah. Period. Itu alasan Ketua Hakim Negara kita. Maksudnya, semua undang-undang jenayah Islam negeri adalah ‘unconstitutional’.

Tetapi, Hakim Besar Malaya memberi alasan lebih mendalam. Beliau mengatakan ada undang-undang yang khusus seperti solat Jumaat dan zakat dibolehkan misalnya.

Tetapi, pada saya ini alasan yang tidak kukuh. Kalau tak puasa dan Jumaat dan kena denda atau penjara bukankah ini juga ‘criminal law’ atau jenayah. Ya kan? Sebab itu saya tidak setuju dengannya.

Implikasi keputusan ini terlalu luas. Seorang muslim yang minum arak tidak boleh dihukum sebab ini satu kesalahan jenayah yang boleh digubal oleh kerajaan Persekutuan. Seorang muslim yang nak berzina dan khalwat tidak salah kerana ia juga satu perkara jenayah yang boleh digubal Parlimen. Erti kata lain, kita semua sama.

 

Ini yang saya berkali-kali tulis. Orang muslim kena faham bahawa Perlembagaan kita mendiskriminasi muslim. Sebagai muslim kita tertakluk kepada ‘sosial order’ yang berlainan dari bukan muslim. Orang bukan muslim boleh tak puasa, kita tak boleh.

Kalau kita makan khalayak ramai waktu Ramadan, ini satu kesalahan yang boleh didenda. Ini satu kesalahan jenayah walaupun kecil. Samalah dengan zina, qazaf dan sebagainya. Tetapi bukan muslim tidak bersalah. Ini jelas diskriminasi.

Tetapi ini adalah diskrimasi yang muslim sini mahu. It is part of our constitutional compromise. Kita mahu tertakluk kepada ‘social order’ Islam dari sebelum merdeka sehinggalah sekarang. This is the basic structure of our constitution. Kenapa susah sangat nak faham ini?

Jadi apabila saya bertemu mereka yang berhujah mahukan kita tak didiskriminasi atas sebab hukum agama, saya tahu mereka salah faham Perlembagaan. Itu yang saya hadapi semasa clubhouse tadi.

Dari segi sudut hujah undang-undang, kita tidak boleh baca Perlembagaan di mana bacaan satu perenggan membuat perenggan lain tiada makna atau ‘otiose’. Adalah jelas item 4 senarai 1 jadual sembilan menyatakan parlimen mempunyai bidang kuasa untuk membuat undang-undang kriminal.

Undang-undang kriminal mempunyai erti amat luas di bawah Perlembagaan. Sebab itu kalau lihat bawah item 4(e) untuk menafsir apa itu criminal law, ia terpaksa ‘exclude’ beberapa perkara berkenaan shariah. Sila lihat lampiran.

Jadi apabila ungkapan ‘criminal law’ membawa maksud yang sungguh luas, ini bermakna kalau kita baca seperti mahkamah menginterpretasinya, ini bermakna tiada negeri pun boleh meluluskan undang-undang jenayah Islam.

Kalau begitu apa maksud bidang kuasa negeri yang boleh menggubal di senarai 2 jadual 9, bila mana negeri ada kuasa untuk buat undang-undang berkenaan:

“Creation and punishment of offences by persons professing the religion of islam against precepts of that religion,” except in regard to matters included in the Federal List.

Tak ada maknalah sebab ‘offences’ yang ada ‘punishment’ sudah tentulah ‘criminal law’ juga. Sebab itu saya amat tidak setuju diinterpretasi sebegini.

Mahkamah mesti memberi maksud kepada setiap perkataan dalam perlembagaan. Dengan membuat begitu tiada makna lagi diberi bagi perkataan tersebut. Ini tidak tepat.

Dari sebelum merdeka dan selepas merdeka, undang-undang jenayah Syariah memang sudah wujud sekian lama dengan aman. Forefathers of our constitution foresee that undang-undang jenayah Syariah terus hidup. Kenapa ini perlu diinterpretasi sehingga memusnahkannya kini? Ini amat tidak betul. Kita perlu bangkit.

Lukman Sheriff Alias
Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA)

[VIDEO] “Saya Ulang Banyak Kali” Video TikTok Elizabeth Tan Bikin Ramai Lelaki Tak Keruan Menyakat Lizzy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker