Arteta guna teknik mentol lampu

Arteta guna teknik mentol lampu

Perbincangan berpasukan oleh Mikel Arteta yang menggunakan perumpamaan mentol lampu didedahkan dalam dokumentari All or Nothing: Arsenal show.

Dua episod terakhir dokumentari dinantikan itu disiarkan Amazon semalam.



Dan peminat teruja melihat teknik pelik pengurus Gunners, Arteta memberi motivasi apabila dia ketika bercakap sebelum perlawanan meminta pemain mencipta ‘tenaga’ dan ‘gelombang elektrik’ sambil membawa mentol lampu.

Arsenal bagaimanapun tewas perlawanan pada April itu, 2-1 di tangan Brighton, yang kedua daripada tiga aksi berturut-turut menyebabkan mereka hilang tempat ke Liga Juara-Juara kepada pencabar setempat, Tottenham.

Katanya: “(Thomas) Edison mencipta mentol lampu. Hari ini saya mahu melihat pasukan yang berhubung kerana mentol itu sendiri tiada apa-apa. Saya mahu melihat pasukan yang berhubung antara satu sama lain dan kemudian menyinar.

“Dan jika anda mahu menghantar padanya (rakan sepasukan) cahaya dan tenaga, keghairahan dan bagaimana anda mahu bermain bola sepak, anda berdua adalah sama.



“Setiap daripada kita berhubung dalam perlawanan, kerana apa yang akan berlaku jika kita bersama?

“Apa yang akan berlaku seterusnya? Kita bergabung dengan 60,000 orang (penyokong) yang akan memberikan lebih tenaga.

“Kerana pada penghujungnya ia adalah elektrik, yang menghasilkan haba dan cahaya serta kehidupan. Kerana ia akan sangat gelap jika ia tiada idea untuk melakukannya.” BH

Arteta guna teknik mentol lampu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki



Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker