Pengarah syarikat bekal stokin mengaku tak salah luka perasaan agama lain

Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd adalah vendor membekalkan stoking kalimah Allah kepada KK Mart.

Pengarah syarikat bekal stokin mengaku tak salah luka perasaan agama lain

SHAH ALAM: Tiga pengarah Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan bersubahat melukakan perasaan agama orang lain dengan membekalkan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Kesemua tertuduh yang juga anak-beranak iaitu Soh Chin Huat, 61, isterinya, Goh Li Huay, 62, dan anak mereka Soh Hui San, 36, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersubahat sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Masri Mohd Daud manakala tertuduh diwakili peguam Lau Yi Leong.

Muhamad Anas membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap seorang dan menetapkan 29 April depan sebagai sebutan semula kes.

Pengarah syarikat bekal stokin mengaku tak salah luka perasaan agama lain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker