UMS hasilkan ayam Tongkat Ali, lebih pejal, kurang lemak
UMS hasilkan ayam Tongkat Ali, lebih pejal, kurang lemak
Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil dengan inovasi baharu pengeluaran ayam pedaging komersial dengan menggunakan ekstrak Tongkat Ali sebagai sebahagian daripada diet makanannya.
Dengan menggunakan jenama ‘A-yamli’, daging ayam daripada inovasi itu yang dimulakan kajiannya pada 2011, dikatakan lebih sihat kerana kurang lemak dan tidak bergantung kepada penggunaan antibiotik dan vaksin.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS Prof Dr Rosalam Sarbatly berkata, menerusi kajian dan fasa pra-pengkomersialan di lapangan, ekstrak Tongkat Ali terbukti dapat menjadikan ayam pedaging lebih aktif.
Katanya, ia juga dapat mengurangkan kadar kematian ayam, bau dalam reban serta kehadiran lalat.
“Hasil kajian juga mendapati bahawa kandungan protein pada ayam pedaging ini lebih tinggi manakala lemaknya pula kurang.
“Penggunaan ekstrak Tongkat Ali kepada ayam pedaging ini juga menyebabkan isi atau daging ayam lebih pejal dan mempunyai rasa yang tersendiri,” katanya pada pelancaran produk A-yamli di sebuah pasar raya di Penampang dekat sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, semua ujian dan pra-pengkomersialan dilakukan di Sabah dan Brunei Darussalam yang akhirnya membawa kepada pengkomersialan A-yamli.
Katanya, produk A-yamli sebelum ini juga pernah dinobatkan sebagai pemenang pingat emas pada pertandingan inovasi di ‘Seoul International Invention Fair’ 2013.
Beliau berkata, penghasilan produk berkenaan adalah hasil kerjasama UMS dengan syarikat Petrogaya Sdn Bhd dalam pengkomersialannya.
“Sebagai hala tuju dan kelestarian, UMS juga sentiasa memantau keberkesanan projek pengkomersialan ini melalui syarikat milikan penuh universiti iaitu UMS Investment Holdings Sdn Bhd.
“Produk ayam premium A-yamli kini boleh diperoleh di pasar raya Pick N Pay Plaza 333, Penampang.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penyelidik Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) Ag Ahmad Mohd Yunus atas kejayaan menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi ini,” katanya. HM
UMS hasilkan ayam Tongkat Ali, lebih pejal, kurang lemak
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa bapa tak ajar solat, isteri Aizat mohon jangan ‘judge’
- Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin
- Tak perlu tanam semula, pokok hutan akan tumbuh sendiri – Sanusi
- Wan Saiful meroyan sebab jawatan
- ‘Misteri’ batu nisan dicabut, gelandangan di Sibu ditahan
- Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti
- Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran
- Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled
- Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
- Guru siram pelajar tidur dalam kelas
- Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah
- Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah
- Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)
Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis
You must be logged in to post a comment.