JHEAIPP siasat terperinci isu peniaga jual nasi ayam, itik

JHEAIPP siasat terperinci isu peniaga jual nasi ayam, itik

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menjalankan siasatan dengan lebih terperinci hari ini susulan dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara di sini yang mengambil bekalan nasi ayam dan itik di premis perniagaan bukan Islam.

Jurucakap JHEAIPP berkata, pihaknya sudahpun menjalankan siasatan berhubung perkara itu semalam.



“Namun semakan dengan lebih terperinci perlu dijalankan lagi bersama beberapa agensi lain terhadap peniaga berkenaan hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam di Paya Terubong.

Dakwaan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna terutama pelanggan Muslim kerana merasakan mereka telah ditipu tentang status halalnya.

Bagaimanapun, peniaga berkenaan telah tampil menjelaskan situasi tersebut menerusi satu paparan video di laman Facebook semalam dan menafikan yang mereka mengambil bekalan makanan itu di kedai peniaga bukan Muslim.



Peniaga berkenaan mendakwa, mereka telah memasak sendiri nasi ayam dan itik itu di sebuah premis yang beroperasi di sebuah pusat membeli belah popular di negeri ini sebelum membawanya untuk jualan di premis di Kampung Baru, Sungai Ara. K Online

JHEAIPP siasat terperinci isu peniaga jual nasi ayam, itik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis



Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker