Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)
Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)
Tindakan seorang pemandu lori membunyikan hon berkali-kali kepada kereta peronda di hadapannya meraih perhatian ramai apabila dia secara tidak langsung membantu polis menahan sebuah Toyota Alphard yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan.
Dalam video pendek berdurasi 34 saat itu, pemandu lori tersebut bergerak perlahan beratur bersama-sama kenderaan lain dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba pemandu lori itu sedar ada sebuah MPV memotong barisan di lorong kirinya.
Tindakan spontan pemandu lori itu membunyikan hon sebagai tanda ada MPV sedang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan telah menarik perhatian kereta polis di hadapannya.
Anggota yang duduk di tempat duduk penumpang membuka tingkap dan mengarahkan Alphard itu memberhentikan kenderaan. Namun MPV itu segera masuk semula ke dalam lorong di hadapan kereta peronda tersebut.
Kereta polis itu memotong Alphard terbabit di sebelah kiri untuk mengarah pemandu MPV itu segera berhentikan kenderaannya. Selepas itu pemandu kereta peronda memberikan isyarat tangan ‘thumbs up‘ sebagai tanda berterima kasih kepada pemandu lori itu.
Pengguna TikTok yang menonton video berkenaan berasa sangat puas hati apabila pemandu MPV mewah itu dikenakan tindakan atas sebab melanggar undang-undang jalan raya walaupun peringatan sudah diberikan berkali-kali.
Untuk makluman, mana-mana pengguna jalan raya didapati bersalah memotong barisan menggunakan lorong kecemasan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 (Kaedah 6) dengan denda maksimum RM300, petik hantaran Facebok rasmi PDRM. Vc
Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa bapa tak ajar solat, isteri Aizat mohon jangan ‘judge’
- Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin
- Tak perlu tanam semula, pokok hutan akan tumbuh sendiri – Sanusi
- Wan Saiful meroyan sebab jawatan
- ‘Misteri’ batu nisan dicabut, gelandangan di Sibu ditahan
- Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti
- Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran
- Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled
- Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
- Guru siram pelajar tidur dalam kelas
- Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah
- Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah
- Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)